Tajuk: Kerana Aku Suamimu
Penulis: June Muhammad
Harga:
Penerbit: Penulisan2u
.
Macam biasa... review ada spoiler, ya! ^^
.
Sejujurnya, aku langsung tak teruja beli novel ni. Beli pun sebab pergi PBAKL and then KS buat offer kombo Mei + Jun lalu aku ambil juga ke semua novel-novel Mei dengan Jun dengan harapan harga yang aku beli lebih murah berbanding beli kemudian. Hehehe.
.
Lalu beberapa minggu lepas, bila tak tahu novel apa yang aku baca sebelum mula kerja nanti, aku gagahkan membuka plastik novel ni. Baca sinopsis, klise. Sama je dah jalan cerita novel ni dengan novel-novel lain. Lalu aku membuka prolog novel ni. Rogol? Zina? Aduhai... memang aku rasa nak campak je novel ni. Sedihnya! Geram! Marah! Menyesal sangat beli novel ni. Aku pujuk juga hati dengan harapan ada sesuatu yang baik penulis ingin sampaikan walaupun permulaan dia amat mengecewakan aku. Anda sebagai pembaca review saya, tunggu! Jangan terus tekan pangkah dekat kanan atas tu selagi belum menamatkan pembacaan anda. Amat tak adil untuk penulis jika hanya membaca 2 perenggan pertama review saya tanpa baca menyeluruh, ya?
.
Fitri dan Zahra terpaksa berkahwin selepas tertengkap oleh ayah Zahra di dalam bilik dalam keadaan yang sangat mengaibkan! Zahra bermati-matian menolak untuk berkahwin dengan Fitri kerana sudah mempunyai tunang, Riyad. AKhirnya mereka disatukan walaupun Zahra cukup memberontak.
.
Kisah perkahwinan mereka, lebih kurang je dengan novel-novel benci-benci-sayang. Hehehe. Watak Fitri memang digambarkan seorang yang sangat sabar melayan kerenah Zahra. Tapi bila Zahra masih tak berubah, dia tukar cara lain untuk memikat Zahra. Lebih tegas dan garang. Akhirnya, Zahra belajar menerima Fitri perlahan-lahan.
.
Selain Zahra dan Fitri, ada 2 watak pembantu yang penting juga 2 watak antagonis yang penting. Rina (sepupu Zahra) dan Aiza (bakal kakak ipar Zahra) merupakan rakan baik kepada Fitri dan menyokong sangat tindakan Fitri mengahwini Zahra. 2 watak antagonis, Riyad dan Shasha (kawan baik Zahra) yang menikam Zahra dari belakang.
.
Zahra belajar menjadi isteri yang baik untuk Fitri. Fitri juga sangat menyokong setiap apa yang Zahra lakukan. Aku suka sikap Zahra yang tak cepat melatah walaupun ada saja dugaan melanda rumah tangga diorang. Tindakan Riyad untuk memujuk Zahra membuatkan dia sering bergaduh dengan Fitri di pejabat. Dasar lelaki tak malu. Masa Zahra tertangkap, sikit pun tak percaya dan beri Zahra peluang untuk menerangkan. Bila rasa jawatan dia tergugat di syarikat, baru beriya nak berbaik dengan Zahra kerana pengaruh Zahra yang kuat di syarikat tu. Sebenarnya, Shasha, Riyad, Fitri, bekerja di syarikat uncle Zahra.
.
Riyad dalam pada masa yang sama menjalinkan hubungan dengan Shasha. Shasha walaupun merupakan rakan baik Zahra sebenarnya menggunakan Zahra untuk mendapatkan tempat yang baik di syarikat tu. Siap tikam Zahra dari belakang bila menjalinkan hubungan dengan Riyad walaupun pada masa itu Riyad merupakan tunang Zahra.
.
Rupa-rupanya, Fitri and the gang memang tahu sikap Riyad. Jadi dia memerangkap Zahra untuk berkahwin dengan dia sebab tak nak Zahra terjerat dengan Riyad yang tak semenggah tu. Fitri sebenarnya tak buat apa-apa pun. Tapi kenapalah di hujung-hujung novel baru diceritakan hal tu. Kalau diterangkan lebih awal kepada pembaca, dan tidak pada Zahra pun aku mungkin boleh terima. Ini dah hujung2 pembacaan baru tahu dia tak sentuh pun Zahra tu. Tindakan Riyad yang tak semenggah tu menyebabkan 2 orang bayi meninggal dalam cerita ni. Geram. Benci sangat dengan Riyad.
.
Happy ending. 3 bintang aku mampu bagi sebab aku memang tak boleh terima bab rogol/zina awal-awal tu. It's too much pada aku sebab banyak novel yang macam tu. Pernah dengar Stockholm Syndrom? Ha... itulah isu yang bermain kat fikiran aku masa tu. :(
.
Tapi untuk konflik dan olahan cerita ni, memang bagus. Aku bagi 4 bintang untuk itu. Suka bila penulis mengetengahkan konflik kawan makan kawan dalam cerita ni. Sangat realistik sebab memang ada manusia yang macam tu atas muka bumi ni. Mudah2an mereka yang macam tu dapat mengubati hati mereka yang sakit itu! Good job untuk novel pertama ni, writer. Saya menunggu novel kedua dan moga novel kedua lebih menarik daripada yang pertama ni.
me too, baca dpn, tgh dan last... bila sama terus je rasa bosan..mujur baca pun on9 jek..kikiki
ReplyDelete