Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 24 May 2015

Review novel: Oh, My Prince! - Hannah Dhaniyah

Tajuk: Oh, My Prince!
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga: RM27.00
Penerbit: Karyaseni
.
Review ini mempunyai spoiler. ^^,
.

Selepas novel bestseller yang pertama, Suami Aku Ustaz yang diadaptasi ke filem, Hannah Dhaniyah kembali dengan novel kedua, Oh, My Prince!
.
Bila baca novel kedua ni, memang susah nak bayangkan latar tempat dan keadaan yang penulis ceritakan. Memang cerita ni 100% fantasi. Tapi, baca novel-novel lain pun, bukanlah aku mahir sangat dengan geografi dia. Jadi, masa baca OMP ni, bayangkan saja apa yang dekat dengan diri kita. Kekekeke.
.
OMP, berkisarkan tentang kehidupan Adele seluruhnya. Belajar di Universiti Awam Alamin dengan kekasih hati dia, memang hidup Adele tak ada perkara lain selain belajar dan Hairi. Kehidupan diorang ni agak urban juga. Bercinta, berpegangan tangan, lepak club waktu malam minggu... tapi siapa sangka Adele di kampung 180° berbeza dengan Adele di bandar.
.
Kemunculan Putera Danial yang secara tiba-tiba di universiti Adele sebenarnya tak mengganggu kehidupan Adele dengan Hairi pun. Tapi entah kenapa, bila dengan Putera Danial, mesti ada peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan tuan putera itu jatuh hati dengan Adele.
.
Cuti semester tiba. Adele terpaksa pulang ke kampung bila abang sulungnya, Abang Hadi meminta dia pulang. Hairi pula ke Hong Kong dengan keluarga dia. Adele cukup berahsia tentang kehidupan dia di kampung dengan Hairi. Mana taknya, di kampung Adele merupakan anak Muallim Hassan yang mengasaskan Madrasah Al-Ilm. Dia bertudung litup. Bila dengan Hairi, memang taklah. Kena pula family Hairi berbeza benar dengan family Adele dari segi cara hidup. Iykwim.
.
Ada sebab yang menjadikan Adele berubah. Sebab kekurangan kasih sayang family. Dapat pula boyfriend yang langsung tak membimbing, makin menjadi-jadilah Adele di bandar. Semuanya sebab dia ikutkan saja kehendak Hairi yang memang menjaga dan menyayangi dia. Sebab tu orang cakap, anak perempuan ni biar manja dengan ayah. Supaya dia tak memerlukan perhatian dan belaian manja lelaki lain. Tapi, ayah Adele pun tersepit juga dengan masalah dia ketika itu sehingga memaksa dia meminta orang lain menjaga Adele. Bagi Adele pula, dia berdendam dengan ayah dan abang-abang dia kerana terasa disisihkan. :(
.
Pulang ke kampung, Adele dikejutkan dengan risikan daripada Ustaz Adib, kawan kepada Abang Hadi. Ustaz Adib ni baru habis pengajian di Jordan. Jadi bakal mengajar di Universiti Awam Alamin di mana Adele dan Hairi belajar. Jeng... jeng... jeng!
.
Adele menolak dan bertekak dengan Abang Hadi. Bila ayah Adele berkata dia cuba menjalankan tanggungjawab seorang ayah untuk mencari calon suami terbaik buat Adele, Adele mengamuk. Menjalankan tanggungjawab seorang ayah dengan mencari suami untuk Adele dan melepaskan tanggungjawab kepada suami Adele? Kesian sangat dengan Adele.  Sampai ditampar oleh Abang Hadi sebab mulut dia tu. Kata Adele, tak cukup satu penampar untuk ajar apa yang tak diajar selama 21 tahun ni. :(
.
Balik ke bandar, Adele keseorangan. Hairi jauh di negara orang. Beberapa kali dia terjumpa dengan Putera Danial dan menjadi sweet moments antara mereka berdua. Putera Danial pula memang menjalankan misi memikat Adele walaupun berkali-kali Adele cakap, hatinya pada Hairi.
.
Hairi kembali ke Alamin. Sesi pembelajaran mereka bermula kembali. Hairi langsung tak tahu menahu tentang Adib mahupun Putera Danial. Tapi bila boleh rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Adele dan Putera Danial.
.
Kemunculan Adib di Universiti Awam Alamin menyebabkan Adele kalut. Lagi-lagi bila Adib nampak Adele versi bandar. Adib ugut Adele. Jika tak mahu dia menceritakan tentang adele di bandar, Adele mesti mengikut katanya.
.
Hairi yang mendapat tahu tentang isu risikan Adib mengamuk kerana Adele berahsia dengan dia. Berkali-kali dah Hairi mengajak Adele untuk berjumpa dengan ayah Adele, tetapi Adele menolak. Hanya Adele je dah jumpa keluarga Hairi. Dan semestinya mak dan ayah Hairi terima Adele seadanya.
.
Hubungan Adele dengan Hairi yang meruncing menjadi peluang baik buat Putera Danial. Tuan Putera ni memang tersangatlah sayang pada Adele siap hantar seorang bodyguard untuk jaga Adele setiap kali Adele ke mana-mana seorang diri. Sangat protective, ok? Putera Danial menjadi crying shoulder's Adele bila dia bergaduh dengan Hairi tanpa mengetahui apa-apa sebab pun. Memang dia terima Adele seadanya dan ada untuk Adele bila-bila masa je.
.
Hairi mula memberikan kepercayaan pada Adele. Hubungan mereka kembali pulih. Satu hari ni, Hairi join pemilihan badminton untuk mewakili fakulti diorang. Agak-agak dengan siapa Hairi berlawan dalam selection tu? Jeng... jeng... jeng! Siapa lagi kalau bukan Putera Danial!
.
Hubungan Hairi dengan Adele kembali konflik. Disebabkan itu juga, Adele memutuskan persahabatan dia dengan Putera Danial. Belum sempat dia hendak berterus-terang dengan Hairi, seseorang telah menjadi batu api dengan  menghantar gambar-gambar Adele bersama Putera Danial. Siapa yang hantar? Kenalah baca novel dia.
.
Satu peristiwa antara Adele dengan Hairi menyebabkan Adele terus kembali ke kampung. Adele menjadi tawar hati dengan Hairi. Di kampung, Adele menjadi Adlina Hani, Adele versi kampung. Hubungan dia dengan keluarga dia mula pulih perlahan-lahan. Tetapi... kemunculan Putera Danial di kampung pula menyebabkan hidup Adele tunggang terbalik!
.
Endingnya? Happy ending. Siapa putera hati Adele? Kenapa Putera Danial masuk universiti Adele? Semua akan terjawab dalam novel ni. Sebuah novel yang sangat santai tetapi ada mesej yang tersirat. Semua watak ada kelebihan n kelemahan masing2. Adele dengan sikap perahsianya. Hairi dengan sikap tak sabarnya. Putera Danial dengan sikap selfish tapi protectivenya. Macam realiti dalam fantasilah cerita ni...

2 comments: