Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 10 May 2015

Review Novel: Bila Terlajak Sayang - Umie Nadzimah

Tajuk: Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa Aku Relakan 2)
Penulis: Umie Nadzimah
Harga: RM24.00
Penerbit: Karyaseni

Dan seperti biasa, review ini mempunyai spoiler. ^.^

Kalau yang pernah baca KTAR mesti tau kisah Indah dengan Abang Zen yang sweet tu. Omooo... hahaha. Jadi, BTS ni merupakan kesinambungan kisah mereka berdua.
.
Indah dengan Abang Zen memang dah cukup bahagia. Rumah tangga mereka diserikan lagi dengan keletah Safiena yang mencuit hati. Safiena pula memang manja sungguh dengan Papa Im (Tajul Fahin) dan granny dia. Abang Zen selalu cemburu dengan kemesraan Safiena dengan Fahin. Nak melayan anak sendiri, belum kahwin lagi walaupun sudah lama bertunang dengab Illyana. Hati Tajul Fahin masih lagi melekat pada Indah walaupun Indah hanya melayan Fahin sebagai adik ipar. Mulanya aku ingat BTS ni fokus kepada hubungan Fahin dengan Illyana. Tapi jangkaan aku meleset.
.
Illyana akhir membawa diri apabila melihatkan Fahin tak begitu mengendahkan dia. Walaupun dah bertunang, Fahin tetap memandang Indah. Manalah Abang Zen tak mengamuk!. Bila Illyana menangguhkan perkahwinan mereka pun, Fahin tak ada usaha memujuk. Nampak sangatlah Fahin memang tak beratkan hubungan mereka. Illyana akhirnya pergi bercuti di Bukit Merah dan berjumpa dengan Syed Azhar. Syed Azhar pula bermulut manis. Illyana yang kesunyian akhirnya jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk bernikah dengan Syed Azhar di Thailand. Kenapa Thailand? Ha... sebenarnya Syed Azhar ni dah ada isteri. Illyana merupakan isteri kedua dia! Kesian sebenarnya dengan Illyana ni. Walaupun cantik, tapi tak berjaya dalam urusan cinta. :( Mak Illyana pula tak puas hati sungguh dengan keluarga Dato Safyah bila Abang Zen bahagia dengan Indah, Tajul Fahin relaks walaupun Illyana dah kahwin. Kata dia, hidup anak dia hancur!
.
Selepas ayah dengan ibu Indah kembali bersama, rumah tangga mereka goyah apabila Mak Cik Mariah memujuk rayu Encik Halim agar kembali menerima dia sebagai isteri. Katanya menyesal sungguh dengan tindakannya dulu. Aku tak boleh terima betul bila mak Indah terima masa Mak Cik Mariah merayu untuk kahwin balik dengan Encik Halim. Agak-agaklah kot bila nak buat baik dengan orang. Tak cukup terkena sekali. Masih nak bersangka baik. Cis!
.
Ada sebab kenapa mak Indah terima. Masa tu Mck Mariah kemalangan. Zawati pula dah sibuk dengan kehidupan kat KL. Nak memikat Dato Dahlan. Siapa Dato Dahlan?
.
Dato Dahlan merupakan bakal rakan kongsi Abang Razen. Punya seorang anak dara bernama Dang Zuria dan sebuah kilang di Vietnam. Ha... nampak tak ke mana arah cerita ni?
.
Dua kali Abang Zen, Indah, Dato Dahlan dan Dang Zuria ke Vietnam. Kali pertama merupakan perkenalan antara satu sama lain. Nampak sangat cara Dato Dahlan nak mengenenkan Dang Zuria dengan Abang Zen. Berbulu mata aku tengok, ok? Hihi. Terlebih sudah.
.
Selepas pergi ke Vietnam buat kali pertama, hubungan Abang Zen dengan Dang Zuria bertambah rapat sampai tertangkap dengan Indah masa mereka dekat kedai minyak wangi. Amboi Abang Zen... panas hati tengok awak sembur-sembur minyak wangi dekat Dang Zuria tahu? Feeling-feeling jadi Indah. Kekeke. Tapi rupa-rupanya, mereka keluar bertiga. Dato Dahlan sengaja meninggalkan mereka berdua. Masa tu, Indah dah warning Abang Zen supaya jauhkan diri daripada Dato Lan ni.
.
Mereka bertambah bahagia bila Indah disahkan mengandung anak kedua. Tak lama selepas tu, mereka berempat ke Vietnam lagi untuk menguruskan perniagaan mereka. Kali ni Dato Lan siap suruh Zen bawa Indah lagi. Walaupun Hasmah dengan Encik Halim tak sedap hati dan melarang Indah untuk pergi, kerana suami, Indah menjejakkan kaki ke Vietnam buat kali kedua. Siapa sangka sebuah tragedi berlaku sehingga meragut nyawa anak dalam kandungan Indah!
.
Balik ke Malaysia, sikap Abang Zen mula berubah. Indah pula semakin makan hati. Lagi-lagi bila Abang Zen minta izin untuk berkahwin dengan Dang Zuria. Masa ni, sakit hati aku bila Dang Zuria pun bagaikan jatuh cinta dengan Abang Zen sedangkan dia kenal Indah. Mengamuk satu keluarga Dato Safyah bila dapat tahu Abang Zen nak kahwin lain. Sampaikan Tajul Zahin si bongsu yang tak masuk campur urusan orang pun bising marahkan Abang Zen. Tajul Fahin apatah lagi. Tapi... mereka tak tahu apa yang Abang Zen tanggung.
.
Banyak perkara berlaku. Illyana pula sakit dan memerlukan pemindahan hati. Mak dia pula melarang Syed Azhar untuk melawat. Gerammm sangat dengan Puan Sri tu. Encik Halim pula diguna-gunakan lagi oleh Mck Mariah. Zawati semakin galak dengan Dato Lan. Mewah hidupnya bila ditaburi dengan wang ringgit oleh Dato Lan. Tak sedar diri yang sebelum ni Indah yang menanggung perbelanjaan hidup mereka berdua, termasuk pembedahan plastik untuk wajah dia. Dang Zuria... keluarganya tidaklah sebahagia mana. Semua yang dilakukan adalah atas arahan ayah dia, Dato Lan. Kalau tak diikut, mak dia pula yang teruk kena belasah dengan ayahnya. Sedih. :'(
.
Indah kemudian pergi menunaikan umrah bersama mak dengan ayah dia. Masa ni, Encik Halim berjaya melarikan diri daripada Mck Mariah dan berubat di Bangi. Alhamdulillah. Masa baca bab umrah ni, hati aku yang panas dan sakit hati dengan konflik-konflik dalam ni terasa sejuk kembali.
.
Indah tertangkap semasa membuat ujian kesesuaian hati untuk Illyan sehingga tertangkap dek Fahin yang melawat Illyana di hospital. Abang Zen pula sudah nekad menikahi Dang Zuria. Bila tiba hari pernikahan mereka, Indah meminta izin untuk keluar dari rumah dan memujuk hati.
.
Pengakhirannya, haaa.... kena baca novel. Serius tak rugi! Aku bagi 5 bintang untuk novel ni. Sebuah cerita yang bertemakan kekeluargaan... dengan konflik yang sangat realistik... memang terbaik. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni. Cuma satu, kalau nak baca BTS, kena baca KTAR. Kalau tak memang lostlah masa membaca. Hehehe...
.
ps: Terbayang-bayang Amar Baharin sebagai Abang Zen masa baca BTS. ;)

2 comments:

  1. Awak bacalah blog kita๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž
    nmpblogcinta.blogspot.com

    ReplyDelete