Tajuk: Tuan Anas Mikael
Penulis: Syamnuriezmil
Harga: RM25.00
Penerbit: Penulisan2u
Seperti biasa, review ini mempunyai spoiler.
.
Jangan cakap saya tak warning anda! ^^
.
Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael selepas diugut (?) oleh Tuan Anas. Kisahnya mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Tugasan Cik Su ni sangatlah detail yang menyebabkan Ayu sangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, dia tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.
.
Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan takat mengemas rumah je, dia diminta belajar memasak, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi. Iyalah sangat Tuan Anas... dah apahal project manager kena masak makanan favourite awak. Kekeke.
.
Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Alolo... sweet sangat tau diorang ni sampai ada password lagi untuk diorang berdua.
.
Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Jangan tak tahu sebenarnya Tuan Anas sudah dikenenkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas. Mengamuklah Safra bila tak dipilih menjadi pm. Tapi, sikap dia sendiri tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja. Yang dia tahu nak kahwin je dengan Anas ni.
.
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra.
.
Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri sebagai girlfriendnya. What?!
.
Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu. Wow. Complicated sangat!
.
Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Tak sedar diri dia tu anak drebar je yang dijadikan anak angkat. Itulah namanya orang tak tau bersyukur. Geram sangat dengan Dato Azhar ni. Sedih sangat masa baca macam mana Dato Azhar bunuh Ayman. Sempat aku menangis dua saat.
.
Cerita ni aku bagi 3.5 bintang. Bahagian awal memang teruja sangat baca. Bab tengah-tengah masa di Krabi tu aku slow sikit. Bab hujung aku enjoy. Sebuah cerita yang tak rugi kalau baca. Best!
Wahhh.. macam menarik jalan cerita ni. Ada konflik! Suka la!
ReplyDeletenak tanye dalam drama kt tv. yang pakai cincin besaq tu sapa??? dalam novel ade cakap tak? heheh misteri sungguhhhh... :) :) #macamkenabelinoveltu
ReplyDeleteAdakah itu Cik Kay.?
ReplyDeleteAdakah itu Cik Kay.?
ReplyDeletekannn... kami rasa laaa dia MISS K. aka cik kay hihih. suspen sungguh.
Delete