Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 21 May 2015

Review novel: Selimut Malam - Hani Fazuha

Tajuk: Selimut Malam
Penulis: Hani Fazuha
Penerbitan: Idea Kreatif Sdn. Bhd.
*Novel limited edition. Hanya sekali printing sahaja.
.
Review ini mempunyai spoiler ^^
.

Hanya sekali aku baca novel tulisan Hani Fazuha - Pergi Tanpa Alasan. Disebabkan review yang menggila di facebook, aku tergoda lalu membeli novel ini dengan harga hampir sepuluh ringgit lebih mahal daripada harga asal. *Ada lagi yang jual lebih mahal, sampai beratus! Mujur jumpa yang murah. Kekeke...
.
Dania dan Haidar. Mereka berkahwin kerana Dania memerlukan duit dan Haidar? Memerlukan seseorang menjadi teman setelah tunangnya Maya menunda perkahwinan mereka. Mereka akhirnya berkahwin di Paris. Kenapa Paris? Aku pun tak pasti. Sebab kerja kot masa tu. Hehehe.
.
Jujur masa baca relationship Dania-Haidar terasa seperti membaca kisah Izzah-Haris dalam Ombak Rindu. Kahwin pun, Dania tiada hak untuk bertanya apa-apa pada Haidar. Dan halatuju hubungan mereka akan ditentukan Haidar.
.
Setelah bersetuju dengan lamaran Haidar *yang bersyarat* tipulah kalau Dania tak jatuh cinta dengan suaminya itu. Bagi Haidar, Dania tak ubah seperti selimut malam, memanaskan malam yang dingin. Umpama kopi yang membuatkan dia ketagih.
.
Kemunculan Maya membuahkan konflik dalam hubungan Dania dan Haidar. Haidar keliru. Hendak berkahwin dengan Maya, dia sudah jatuh sayang pada Dania. Dania semakin makan hati. Lagi-lagi bila Haidar melebihkan Maya daripadanya. Bila dia keluar dengan Hijaz yang menunjukkan minat pada dia, tahu pula Haidar marah. Pada Haidar, apa saja yang menjadi miliknya, jangan sekali disentuh.
.
Ibu Dania pula yang baru selesai di rawat di hospital memberi amanat kepada Dr. Adif untuk menjaga Dania. Dania serba salah. Lagi-lagi bila dia merupakan isteri orang.
.
Kemuncak cerita bila Haidar tiba-tiba muncul di kampung Dania. Dan apabila ditanya apa hubungan mereka berdua, Haidar memberitahu perkara sebenar sehingga menyebabkan kematian ibu Dania. Dania berang!
.
Haidar dan Dania tertangkap oleh Hijaz sewaktu berada di dalam pejabat. Akhirnya Haidar menjelaskan pada Hijaz hubungan sebenar mereka berdua. Terkejut dan patah hati Hijaz dibuatnya.
.
Tindakan Haidar yang asyik menangguhkan perkahwinan dia dengan Maya membuatkan Maya memberikan kata dua. Kahwin atau putus. Dan Haidar tak teragak-agak untuk memutuskan pertunangan mereka. Mengamuk Maya dibuatnya!
.
Pengakhirannya? Mestilah happy ending. Hehehe. SM, sebuah cerita yang santai, kurang konflik. Sekejap je dah habis baca. Aku boleh bagi 3 bintang. 😊
.
Update: Novel limited Selimut Malam sold

19 comments:

  1. salam, boleh tolong cari kan untuk saya tak novel ni? saya dh cari banyak blog. mostly, dorang jual rm100+++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Paling murah saya jumpa rm100. Nak ke?

      Delete
  2. Salam, ada tak novel yang kurang dari RM100?? Saya ada tanya, kosnya RM150 tak termasuk penghantaran. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 100.00 termasuk pos. Boleh wsap saya sis. :)

      Delete
  3. Ada lagi tak novel selimut mlm tu - RM100? Saya berminat

    ReplyDelete
  4. hai sy ade novel ni
    http://bukunoveluntukdijual.blogspot.my/2015/09/selimut-malam-hani-fazuha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai selling for rm95 include pos laju.
      boleh email bukuforsale@gmail.com

      Delete
  5. salam .. klu ada bape harga ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai selling for rm95 include pos laju.
      boleh email bukuforsale@gmail.com

      Delete
  6. saya pun ada buku ni utk dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. how mich u nak jual tg shahran?

      Delete
    2. hai selling for rm95 include pos laju.
      boleh email bukuforsale@gmail.com

      Delete
  7. hye awak ada nk bg sewa/pinjam novel ni tak? hahahaha.. baca review cerita ni trasa sangkot nk baca sampai habis.. tlg rply kt email saya ye. farahnoorhan@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. sy ade nak jual kalau ade yg nak..rm50 ..tp ade 2halaman terkoyak skit

    ReplyDelete
  9. Saya berminat utk membeli buku kalau ada yg nak menjual & harganya bersesuaian. Beritahu ya kalau ada yg nak jual :)

    ReplyDelete
  10. saya nak let go novel saya. boleh berikan no telefon? saya whatsapp.

    ReplyDelete
  11. nak tanya, kenapa sampai RM100 novel tu? tebal sangat ke? seram plk saya tengok harga

    ReplyDelete