Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 28 May 2015

Review novel: Seseorang Untuk Aku - Rehan Makhtar

Tajuk: Seseorang Untuk Aku
Penulis: Rehan Makhtar
Harga:
Penerbit: Karyaseni
.
As usual, review ini mempunyai spoiler. ;)
.

Lailatul. Gadis berumur 22 tahun dan belajar hanya setakat tingkatan 2. Dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak, ibu dan bapa buat adiknya selepas kematian ibu dan ayahnya. Amanat ayahnya yang meminta dia mendahulukan adiknya, Lizahani membuatkan Lailatul sering kali makan hati. Tapi, dia ikhlas. Namun, keikhlasannya tergugat bila lelaki yang dia kasih melamar adiknya, bukan dirinya.
.
Zarul, lelaki pertama yang mengetuk pintu hati Laila. Berkali-kali dia mengajak Laila kahwin. Laila menolak dengan alasan hendak mendahulukan adiknya, Lizahani. Namun, akibat sikap tak sabarnya, dia menguji Laila dengan melamar adiknya, Lizahani sebagai isteri. Tahu Liza turut menyimpan perasaan pada lelaki yang sama, Laila meredhakan pernikahan mereka. Zarul yang baru sedar kesilapan dia jadi tak tentu arah. Hendak mengahwini Laila, haram disisi agama.
.
Lizahani yang baru mendapat tahu isi hati Zarul kecewa. Pada dia, Laila dah menipu dirinya. Tak boleh terima dengan apa yang berlaku, Liza ke bandar bersama suami tanpa menghiraukan Laila keseorangan di kampung walaupun Laila berada dalam masalah yang besar apabila tertangkap bersama seorang lelaki sewaktu mengemas rumah lelaki itu.
.
Qadr. Pilot pesawat pejuang angkatan tentera udara Malaysia. Dia tertangkap khalwat dengan Laila sewaktu Laila menunggu hujan teduh di rumah sewanya. Pada isteri Zarul (Liza) dia dah pesan agar memberitahu orang yang mengemas rumah dia agar tak datang pada petang itu. Entah macam mana, Laila tak mendapat berita itu datang dan tup! Berlakulah peristiwa yang tak menarik tu.
.
Mereka tak terus berkahwin. No... no... no... dua-dua mengaku bersalah dan akhirnya bersetuju membayar denda sebab tak nak isu dipanjangkan dan menjatuhkan imej Qadr di tempat kerja. Laila yang tidak punya sesiapa, meminta Qadr membantunya. Lagi-lagi bila Zarul yang berjanji untuk membantu dah kembali ke bandar bersama Liza. "Aku hanya ada kau..."
.
Ayah Qadr memujuk Qadr agar berkahwin dengan Laila sebelum Laila membuat onar. Untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Qadr akhirnya bersetuju berkahwin dengan Laila. Mak Qadr terus-terus menolak Laila sebagai ister Qadr. Bertambah lagi masalah dalam hidup Laila. Tapi, Laila memang seorang yang penyabar. Lepas berkahwin, Qadr kembali bertugas dan ditugaskan untuk membantu rakyat di Palestin.
.
Kembali dari bertugas, Qadr boleh tersenyum bila melihat hubungan Laila dengan maknya kembali pulih. Hubungan Qadr dengan Laila pun sebaik baik. Laila dah sambung belajar di sekolah swasta untuk mengambil SPM. Qadr membantu Laila untuk mencapai cita-cita dia,
,
Konflik datang lagi bila Lizahani sebenarnya yang menjadi dalang kes penangkapan Laila dan Qadr. Bukan itu saja, Laila yang baru tahu Qadr berkahwin dengan dia untuk mengelakkan Laila memfitnah Qadr kalau tak berkahwin membuatkan Laila semakin kecewa.
.
Happy ending. Sebuah cerita yang memang mengusik perasaan. Saat aku menamatkan pembacaan novel ni... aku tertanya-tanya nak beri berapa bintang out of 5. Lalu aku letakkan 4 bintang. Tapi bila buat review rasanya nak naikkan ke 4.5 bintang. Kenapa tak bagi lima walaupun cerita ni best? Entahlah... mungkin sebab penat dibuai emosi sedih Laila buatkan aku rasa penat baca novel ni. Hehehe. Tapi its still a great book to read oleh pembaca yang suka genre begini. Good job Rehan Makhtar! ^_^

1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik. Buat saya rasa tertarik nak baca novel ni je >.<

    ReplyDelete