Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Saturday, 6 June 2015

Review novel: Poskad - Ednin

Tajuk: Poskad
Penulis: Ednin
Harga:
Penerbit: Jemari Seni
.
Review ini mempunyai spoiler. :D
.
Maisa dan Ihsan. Perkenalan pertama bermula semasa di universiti. Maisa yang tahu Ihsan ibarat matahari di mana banyak planet-planet wanita mengelilingi dia. Lalu bila di tanya, siapa nama Maisa, Maisa menjawab, Pluto. Hahaha. Deep ok bila masa tu Pluto tak termasuk dalam sisterm suria kita.
.
Pertemuan seterusnya berlaku di kampung orang asli di Cameron Highland di mana kedua-kedua mereka diajak oleh rakan masing-masing untuk mengikut program itu bila ada peserta yang tak dapat nak ikut. Di sini, hubungan mereka menjadi lebih baik dan siapa sangka mereka boleh bekerja dengan teamwork yang bagus. Tapi Maisa memang tak berbaik sangat dengan Ihsan ni. Lagi-lagi bila dia tahu ada perempuan lain yang memiliki hati lelaki tu.
.
Kembali ke universiti, Maisa dan Ihsan jumpa lagi. Rakan-rakan Maisa yang menjadi pemerhati tahu Maisa crush dengan Ihsan. Lalu mereka melancarkan satu prank poskad yang menyebabkan girlfriend Ihsan menyerang Maisa. Tapi Ihsan cakap dekat girlfriend dia, mereka tak ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa hingga menyebabkan Maisa sedikut berjauh hati. Over sebenarnya kawan2 Maisa ni. Kalau aku, lama aku mengamuk. Huhuhu...
.
Kembali ke rumah. Konflik Maisa sebagai anak kepada isteri kedua semakin memuncak apabila girlfriend Ihsan merupakan anak kepada kawan baik ibu tirinya. Jeng... jeng... jeng... Maisa langsung keluar dari rumah dan sambung belajar dan bekerja di luar negara.
.
Maisa kembali ke Malaysia apabila syarikatnya memerlukan tenaga kerja di Malaysia. Tanpa memberitahu ayah dan abang tirinya (yang melayannya dengan baik) Maisa menyewa bilik bersama seorang mak cik yang cukup baik. Siapa sangka, mak cik itu merupakan ibu Ihsan. *senyum.
.
Poskad, sebuah cerita santai yang fokusnya lebih kepada konflik Maisa dengan keluarga dia. Aku enjoy this kind of novel yang bertemakan keluarga. Aku bagi 4.5 bintang. Kenapa tak lagi 0.5 bintang? Mungkin sebab rasa sesuatu yang kurang sikit. Hehehe.

No comments:

Post a Comment