Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Harga: RM29.00
Penerbit: Karyaseni
Review ini mempunyai spoiler. ^^
Aku tak pernah baca novel daripada penulis ni, jadi aku tak meletakkan harapan yang tinggi. Masa baca tajuk dan sinopsis, pada aku novel ni sama je dengan novel-novel cinta lain. Hero kaya, playboy, maksiat, heroin yang baik, gaduh, cinta, kahwin. Tapi masa aku mula baca je, memang aku tak boleh stop baca.
.
TPI, Harraz anak yang spoiled. Anak tunggal kepada Tan Sri dan Puan Sri. Dulu keluarganya duduk di luar negara, jadi tak hairanlah bila dia turut tercemar dengan budaya sana. Tan Sri dan Puan Sri pula, sejak dah tua-tua ni mula rasa hendak berubah. Tapi anak yang dari kecil dicorakkan dengan hidup jahiliah, bukan sekelip mata boleh dibersihkan dengan clorox! Bila dah anak tunggal, dia seorang sajalah yang mewarisi kekayaan keluarga dia. Harraz punya sebuah firma arkitek di mana diterajui dirinya sendiri dan ayahnya pula salah seorang pemegang saham terbesar syarikat Harraz ni. Maaflah kalau salah guna perkataan bisnes ni. Aku bukan bidang bisnes. Hehehe.
.
Satu hari ni Tan Sri ke rumah kawan lama dia, ayah Nurin. Masa ni dia berjumpa Nurin dan berkenan sangat dengan Nurin. Mendengarkan Nurin tak dapat kerja lagi lepas habis belajar dalam bidang arkitek, Tan Sri cakap dia akan bantu Nurin untuk kerja di syarikat Harraz. Masa ni Nurin tak tau yang Harraz buat rules pelik di syarikat dia. Tak ada seorang pun perempuan yang boleh menutup aurat. Semua kena berpakaian seksi. Hah! Kumpullah saham kau ke neraka, Harraz! Jadi, dalam keterpaksaan, Harraz pun cakap Nurin boleh datang iv di syarikatnya. Dengan syarat, Nurin kena design bagunan ke apa entah yang bertemakan Nature City di mana syarikat dia akan bertanding untuk dapatkan projek bertemakan itu.
.
Hari iv, Nurin terpinga-pinga bila melihat syarikat Harraz yang pelik sekali suasana dia. Pekerja syarikat itu juga pelik melihat Nurin yang bertudung litup datang ke syarikat itu. Tapi semua menjangkakan Nurin akan buka dan tayang semua aset dia sebab perkara tu pernah berlaku pada seorang pekerja Harraz. Kerana mahukan kerja, sanggup tanggal tudung berpakaian seksi. Allah... Dalam perjalanan bertemu Harraz, Nurin terserempak dengan Farhan sepupu Harraz (yang mengaku driver Harraz) yang tidak bekerja dan duduk goyang kaki di rumah juga sesekali mengacau Harraz di pejabat. Farhan menegur Nurin dengan baik. Tapi niatnya hanya hendak mempermainkan Nurin.
.
Seperti yang kita boleh jangka, pastinya iv tak berjalan lancar. Teruk Nurin dikerjakan Harraz. Kertas kerja Nature City yang diminta pun tak pandang. Siap suruh PA dia buang lagi. Tapi PA dia tak buang pun... Nurin balik ke rumah dalam keadaan marah. Siap sumpah Harraz lagi yang Harraz akan berkahwin dengan perempuan yang bertudung.
.
Mendapat tahu Nurin ditolak mentah-mentah, Tan Sri mengugut Harraz untuk menjual sahamnya di mana akan memberi kesan kepada Harraz sebagai CEO syarikat. Lagi sekali, dalam keterpaksaan Harraz menerima Nurin bekerja. Seperti biasa, Nurin dibuli dengan kerja-kerja merepek yang langsung tak ada kena mengena dengan skop kerja dia. Akhirnya dia meletup juga marahkan Harraz. Kiranya Nurin ni taklah selembut dan selemah yang disangka!
.
Puan Sri tiba-tiba datang ke pejabat Harraz dan berjumpa dengan Nurin. Dan siapa sangka, amanat Puan Sri kepada Nurin adalah... Tundukkan Playboy Itu! Tapi... Nurin tak perlu berbuat apa-apa pun. Harraz tunduk sendiri di kaki Nurin. Macam mana boleh tunduk?
.
Nurin berkawan baik dengan seorang pereka fesyen. Jadi satu hari ni, kawan dia mengajak dia untuk ke fesyen show yang dianjurkan oleh Puan Sri. Bila dah ada Puan Sri, pastinya Harraz dan Farhan akan turut sekali. Nak dijadikan cerita... model untuk kawan Nurin tak datang. Dan... Nurin menjadi penggantinya! Dengan memakai pakaian bertemakan arab, hanya mata saja yang dapat dilihat oleh manusia lain termasuk Harraz. Siapa sangka, dari panahan mata, kisah cinta mereka bermula!
.
Harraz akhirnya mengiktiraf kedudukan Nurin sebagai arkitek di syarikat dia. Itu pun bila dia terpandang balik kertas kerja Nature City yang Nurin siapkan untuk iv. Mujur PA Harraz tak buang kertas itu. Jadi, Nurin pun mengikut Harraz membuat pembentangan kertas kerja itu.
.
Hubungan mereka semakin baik. Lagi-lagi lepas Harraz menyelamatkan Nurin beberapa kali. Sekali di tapak projek, sekali bila seorang Dato cuba mengambil kesempatan terhadap Nurin. Siapa sangka, dalam keadaan tak sedar bunga-bunga cinta mula berputik di antara duanya.
.
Nurin kecewa apabila terlihat Harraz bermain cinta di pejabat. Harraz pula cuak bila Nurin langsung tidak mengambil tahu halnya. Tak melawan cakap seperti selalu. Hanya menjadi mak turut, Yes Sir! Sedikit sebanyak, Harraz mula berubah. Tak perlu orang menasihati, perasaan itu datang sendiri. Benarlah, hidayah itu milik Allah.
.
Harraz ke UK, mencari jawapan tentang model berniqab yang dia jatuh hati dulu. Pada masa ni, dia sudah boleh agak Nurin orangnya sebab.... kena baca novel. ;) Dalam perjalanan ke sana, Harraz diuji dan ditunjukkan sesuatu yang sangat menyentuh hati. Aku sebak dan menangis dua saat masa baca bab ni.
.
Kembali ke Malaysia, Harraz berubah. Tiba-tiba seorang pekerja dia buat dajal, memerangkap Harraz untuk berkahwin dengan dia. Harraz gelabah. Nurin semakin menjauh. Lalu Harraz melarikan diri ke kampung seorang rakan yang dia bertemu masa di UK. Dan kisah penghijrahan seorang Harraz Naufal bermula di sini.
.
Itu saja yang aku boleh review. Apa yang pasti, novel ini memang meletop! Aku suka jalan cerita dia. Olahan penulisnya. Dan tanpa teragak-agak, aku nak bagi 5 bintang! Cuma, rasa tak best sikit sebab hero dan pernah main perempuan lain. Kesian Nurin. :( Tapi yeah... siapa kita nak judge masa lampau seseorang itu, kan? Boleh jadi, bila mati dia dalam keadaan husnul khotimah tetapi bukan kita. Nauzubillah!
.
Tahniah writer! ^_^
wahh menarik jalan ceritanya! semalam dah tengok 1st episod :))
ReplyDeleteNak bli novel juga.. mcm best
ReplyDelete