Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Saturday, 2 May 2015

Review Novel: Hijrah Cinta Kerana Dia

Tajuk: Hijrah Cinta Kerana Dia
Penulis: Fieyta An Nisa
Penerbit: Karyaseni (April 2015)
Harga: RM 24.00

Review ini mempunyai spoiler.

Jangan cakap saya tak warning anda! ^^

HCKD merupakan kisah antara Wafiq dan Humaira yang kedua-duanya belajar di dalam universiti yang sama. Wafiq bidang kejuruteraan. Humaira, aku tak pasti pula. Hehe. Awal perkenalan mereka, mereka berselisih dan berlanggar di universiti. Pada masa tu jadilah pergaduhan kecil antara mereka. Masing-masing ego dan sombong sehingga berjumpa di kafe pun boleh main tuang-tuang air di atas kepala masing-masing.

.
Kalau mengikut tajuk dan awal-awal cerita, aku membayangkan kisah ini tentang pasangan yang bercinta lepas tu sama-sama nak berubah kepada lebih baik. Ternyata tanggapan awal aku silap. Hehe.
.
Macam aku cakap sebelum ni, mereka ni pantang berjumpa. Wafiq yang tak pernah kisah hal perempuan pun boleh teruji dengan kehadiran Humaira. Humaira pula yang sedang berubah menjadi lebih baik selepas kesilapan lalu dia pun teruji dengan kehadiran Wafiq. Sehinggalah pada sebuah pertemuan yang menyebabkan diari pink Humaira tertinggal lalu Wafiq mengambil dan menyimpannya. Oh sungguh tak suka dengan sikap Wafiq yang tak amanah dan membaca diari Humaira. Tetapi sebab diari pink itu jugalah yang membuatkan Wafiq jatuh cinta dengan empunya diari.
.
Wafiq mengambil keputusan untuk mengahwini Humaira. Dengan menggunakan orang tengah iaitu Liyana, rakan baik Humaira, Humaira dirisik. Perjalanan untuk mereka berkahwin ni oklah. Wafiq jumpa family Humaira. Lepas tu, dia travel ke rumah atuk Humaira dengan adik Humaira untuk mengenali Wafiq dengan lebih baik. Semuanya ok sampai mereka berkahwin pun ok. Hahaha. Kiranya cinta lepas kahwinlah.
.
Konflik mula muncul apabila Syakir, bekas teman lelaki Humaira muncul kembali dan bakal mengahwini rakan baik Humaira, Syuhada. Syakir ni tak boleh move on daripada first love dia iaitu Humaira. Hatta Humaira dah berkahwin pun, dia masih nakkan Humaira. Ok, sebenarnya cara Humaira menghukum diri dia atas dosa lalu tu, aku ingatkan dia terlanjur dengan Syakir ni. Rupa-rupanya sebab dia tak ikut cakap ibu bapa dia dan dia bercinta dengan Syakir sehingga hampir-hampir dirogol oleh Syakir. Ok, benci jugalah dengan Syakir. Kalau dia tak boleh jaga Humaira daripada diri dia sendiri, macam mana nak jaga Humaira lepas kahwin nanti? *Ayat Adele untuk Hairi dalam Oh, My Prince! Hehehe.
.
Akhirnya Syakir berkahwin juga dengan Syuhada walaupun tak sekufu. Maksud sekufu tak semestinya daripada segi harta je. Sekufu daripada segi cara hidup, social life, cara berfikir.. ha. Macam tu la. Tapi dah kahwin pun masih terkejarkan Humaira sampai Humaira serba salah dengan Syuhada dan susah hati sebab Wafiq salah faham.
.
Satu insiden antara Humaira dengan Syakir menyebabkan Wafiq dan Humaira bergaduh. Tak pasal-pasal masa silam Humaira diungkit. Syuhada pula yang tak puas hati dengan Syakir bergaduh sehingga Syakir menceraikan Syuhada. Gila... belum setahun berkahwin. Syakir pun jahat sangat!
.
Gaduh antara Wafiq dengan Humaira berlarutan  sehinggalah Humaira disahkan mengandung. Masa tu baru mereka berbaik. Humaira yang serba salah dengan Syuhada pula cuba memujuk Wafiq mengahwini Syuhada sampailah Wafiq mengamuk. Masa ni baru aku tahu monogami itu sunnah, bukannya poligami. Yeay!
.
Endingnya, Syuhada bertemu jodoh lain dengan kawan baik Wafiq. Liyana pula meninggal dunia sebab sakit. Humaira dengan Wafiq memulakan hidup baru (bukan bercerai tapi sebab dapat anak) dengan anak sulung mereka.
.
Cerita ni sangatlah islamik. Semua orang dalam cerita ni baik sangat. Mak bapak Humaira baik. Mak bapak Wafiq baik. Baik, maksudnya beragama. Hahaha. Sebab apa aku cakap macam tu, sebab bercinta pun dah anggap teruk sangat. Tipikal family melayukan tak kisah sangat bercinta asalkan tahu batas-batas pergaulan. ^^" Ini mak Humaira pun boleh bahasakan lelaki kot sebagai syabab. Aku, syabab pun tak tahu makna. So aku assume pemuda sajalah.
.
A good read. 3.5 bintang. Dari segi jalan cerita, biasa saja. Benci-Cinta-Orang Ketiga- Gaduh-Baik-Happy Ending. Tapi daripada segi pengisian memang osem. Banyak sangat ilmu yang boleh dapat. Pengajaran untuk pasangan muda yang berkahwin, kena belajar ilmu perkahwinan banyak-banyak. Jangan sebab bebda kecik pun nak jadi isu. Sakit hati aku. Hahaha.

No comments:

Post a Comment