Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 24 May 2015

Review novel: Baju Melayu Hijau Serindit - Syud

Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Harga:
Penerbit: Jemari Seni
.
Spoiler inside. :B

.
.
Gambar di atas cukup menujukkan perasaan aku masa baca novel ni. Ya, novel ni dah lama diterbitkan. Tapi entah kenapa masa PBAKL hari tu baru aku beli di booth Jemari Seni.
.
Pertemuan Wardah dengan Pacai bermula semasa Wardah mencari novel Nyanyian Tanjung Sepi untuk adiknya. Novel limited edition tu tinggal 2 saja di kedai. Silap Wardah bila dia tak book terus dengan owner kedai dan hanya berjanji untuk datang dan ambil. Kesilapan itu menyebabkan Pacai dengan tamaknya membeli kedua-dua buku itu seminit lebih awal daripada Wardah. Geram betul Wardah bila seorang lelaki memakai baju melayu hijau serindit (Shrek) membeli kedua-dua novel itu. Bila dia hentak-hentak kaki yang memakai kasut tumit tinggi berwarna merah (Dorothy) pun Pacai buat tak endah je dengan Wardah walaupun Adil dah beritahu gadis berkasut merah itu turut mencari novel yang sama.
.
Pacai memulangkan kembali buku itu di kedai yang dia beli. Siap letak bisnes kad lagi dalam buku tu. Satu di tengah-tengah, satu lagi belakang buku. Sebab apa? Sebab Pacai pula dah jatuh hati dengan Dorothy yang berjalan hentak-hentak kaki tu.
.
Wardah yang menerima kad itu memang buat tak tahulah. Bila adiknya menghulurkan lagi kad yang kedua, Wardah jadi confuse. Dah apahal kad yang pertama dia simpan dalam laci meja boleh berjalan masuk dalam buku itu balik?
.
Mereka ditakdirkan bertemu buat beberapa kali kemudiannya. Siap boleh belanja Dorothy dengan kawannya makan lagi masa dekat kedai walaupun tak tahu nama Dorothy masa tu. Wardah masa tu perasan Shrek tunjuk-tunjuk ke arah meja dia dengan Nik. Bila time nak bayar, abang kedai tu cakap makanan diorang dah dibayar. Wardah boleh agak Shrek yang bayarkan makanan diorang. Nik dengan baik hati minta tolong abang kedai tu pas nombor Wardah pada lelaki yang belanja mereka makan (Shrek) kalau lelaki tu datang balik.
.
Dapat je nombor Wardah, apa lagi... terus Pacai call. Malang bila panggilannya tak berangkat. Wardah pula masa tu tak perasan telefon berbunyi. Tengok nombor tak dikenali, memang Wardah buat tak tahu sajalah. Tapi meremang juga Wardah dibuatnya bila dia hafal nombor tu. Sama dengan nombor yang ada di bisnes kad dari novel Nyanyian Tanjung Sepi dulu. Hehehe... esoknya bila nak call balik, Pacai dah terwipe bb dia tanpa dia simpan nombor Dorothy. Pacai dah kecewa. Mungkin tiada jodoh antara mereka.
.
Kenduri Adil menjadi tempat pertemuan seterusnya antara Pacai dengan Dorothy. Wardah sudah gelabah bila pengapit lelaki asyik mengusyar dia. Pacai sudah tersenyum-senyum bila pujaan hati ada di depan mata. Lalu Pacai beranikan diri untuk menegur. Kata Pacai, dia akan hubungi nanti. Wardah angguk. Tapi macam mana nak hubungi kalau nombor Wardah dia tak ada? Satu kerja Adil meminta Aulia mendapatkan nombor telefon rumah keluarga Dorothy. OmG.. aku bila baca kisah diorang ni, rasa senyum-senyum je! Non-stop! Hatta kisah bagaimana Pacai nak jejak Wardah pun buat aku senyum simpul. Yang pasti aku memang respek habis dengan usaha Pacai. Pacai ni, susah nak jatuh cinta. Tapi bila dah jatuh cinta memang... pergh.... terus rasa nak cari suami macam Pacai. hahahaha. Ok sambung.
.
Pacai akhirnya berjaya menghubungi Wardah. Wardah memang tahu Firas (nama sebenar Pacai) ni Shrek. Keputusan mak Wardah untuk satukan dia dengan Ilham ( yang baru putus tunang) buatkan Wardah susah hati. Walaupun Ilham tu lelaki pujaan Wardah, Wardah tak sanggup nak berjalan di dapur yang ada pinggan pecah sebab dia akan terpaksa berhati-hati sangat.
.
Masa pertemuan mereka, Wardah terus confess tujuan dia ajak jumpa. Melamar Pacai menjadi fake boyfriend dia. Part ni aku sikit upset. Macam... why not Wardah start berkawan dengan Firas yang berusaha hubungi kau untuk berkawan? Tapi bila Wardah propose Pacai jadi kawan, Pacai pula reject. Alasannya dia takut dia jatuh hati pada Wardah. Hakikatnya....
.
Maka, jadilah Pacai sebagai fake boyfriend Wardah. He did a great job. Dalam pada masa yang sama, telah memikat Wardah di luar sedar.
.
Pacai ke rumah Wardah untuk sebuah majlis. Satu peristiwa di sana menyebabkan Pacai tersedar. Apa yang dia lakukan sebenarnya? Sedangkan bila dia confess pada Wardah - I like you... Wardah mati-mati tak percaya.
.
Ternampak Pacai bersama seorang perempuan (yang merupakan ex girlfriend Pacai) menyebabkan Wardah cemburu. Akhirnya, dia terus memutuskan fake relationship mereka. Pacai frust.
.
Nik memberikan potongan akhbar tentang sebuah kereta - yang sangat mirip kereta Pacai kemalangan di lebuhraya Melaka-KL. Pacai pula memang ada beritahu Wardah dia akan ke melaka kerana ada kerja dan Wardah kata - tak balik terus lagi bagus. Bila call Pacai, haram Pacai tak jawab. Wardah gelabah.
.
Endingnya? Happy ending. A MUST READ BOOK pada aku. Cerita yang simple. Realistik. Sweet dengan momentnya sendiri. Bila baca rasa bila nak habis - tapi tak nak habis. Macam tu la. 5 bintang untuk Baju Melayu Hijau Serindit. ^^
.

1 comment:

  1. Kena baca lagi cite syud. . Nie menanti buku baru syud.. tak sabar

    ReplyDelete