Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Wednesday, 29 April 2015

Review Melodi Cinta Edisi 1

Hari tu pergi PBAKL. Apa lagi, masuk bilik KS, inilah yang aku grab dulu. Order online hanya akan dibuka pada bulan Mei.
Harga: RM20.00
Mari aku review satu demi satu.


Cerpen #01: Ayuni Safira – Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama)
“Maafkan saya, Ayuni... Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti awak akan benci saya sampai mati. Maafkan saya… saya tak ada pilihan…”

Sejujurnya cerpen ini hanya berjaya menarik minat membaca pada bab awalnya dan bila masuk pertengahan cerita, rasa minat tu perlahan-lahan hilang. Mulanya ingat tentang cerita pasal Ayuni yang hampir dirogol dengan ayah tiri dan tentang hubungan dia dengan mak dia yang keruh. Lepas tu dia jumpa Zafran. Lepas satu peristiwa, dia berkahwin dengan Zafran then tiba-tiba jadi hamba dengan bos. Rupa-rupanya perkahwinan tu dirancang sebab nak musnahkan hidup Ayuni. Mak tiri Zafran (Puan Sri Liyana), berdendam dengan mak Ayuni ni sebab rampas suami dia dan menyebabkan anak dia mati. Tapi pengakhirannya tak berbaik pun Ayuni dengan mak kandung dia. Rasa macam melalut sikit ceritanya. Sorry writer. :/

Cerpen #02: Love Is Totally Blind – Nuraqilah Syuhaida
“Nasib baik muka mung ni handsome, kalau dok, jangankan jadi pelakong, nok jadi model supermarket Jusco pung orang tak moh.”
“Rupa takkan kekal… Yang kekal hanyalah agama dan personaliti diri. Dan cinta itu buta…”

Cerpen kedua berjaya menaikkan kembali semangat yang merundum. Walaupun kisah fantasi, tapi aku suka cara penulis muda ni mencorakkan cerita dia. Kisah Bella yang melarikan diri daripada ayah tiri yang cuba membolot harta peninggalan orang tuanya, dia akhirnya bersembunyi dalam bilik penyanyi terkenal, Ryan. Ryan yang kalah dengan tangisan wanita akhirnya membantu Bella dengan menawarkan Bella pekerjaan di rumah orang tuanya. Sepanjang Bella duduk di rumah Ryan, hubungan mereka mula rapat. Akhirnya Ryan yang sebelum ini ‘bercinta’ dengan Nita yang cantik hanya untuk imej dan nama, jatuh cinta dengan Bella yang sederhana rupanya. Terhibur dengan setiap dialog yang berloghatkan Terengganu. Sebuah cerpen yang bagus dan memberi pengajaran dalam santai.

Cerpen #03: Isteriku Bukan Tukang Masak – ArmisyaSyamira (Adaptasi Ke Telefilem)
“Saya bersyukur sangat selama ni saya tak mintak awak tolong saya masak. Fasal ayam rentung hari tu, saya rasa tu last saya izinkan awak pegang kuali.
“Orait, suamiku malas masak!”

Sebuah lagi cerita santai tentang ujian buat pasangan yang baru berkahwin. Si isteri tak pandai memasak. Si suami pula selalu makan di luar. Rupa-rupanya restoran yang si suami pergi merupakan milik bekas kekasihnya. Apa lagi, kelam kabut si isteri dibuatnya.

Cerpen #04: Isteri Solihin– Adah Hamidah
Ada sesuatu yang aku rasa. Pedih ulu hati. Ya, hanya Gaviscon mampu meredakan pedih hulu hati. Aku pernah tengok iklannya dalam televisyen. Harap benar macam apa yang diuar-uarkan.

TBH, AKU BELI ANTOLOGI NI SEBAB KAK ADAH JE. Hahaha. Ok, ni aku kopipes review yang aku bagi pada Kak Adah.
Mula2 baca tu macam tak faham sangat kenapa Sara dengan mama dia pindah rumah Solihin. Nasib baik bila tengah2 tu, akak cerita macam mana. Walaupun tak nampak jelas, tapi bayang-bayang kenapa Sara dengan mama hidup susah tu nampaklah. *ke saya yang terskip mana2 part. Yang tu saya tak pasti.
Saya sukaaaa sangat interaction solihin dengan sara. Dia taklah sweet sampai kena kencing manis tu hah. Tapi manis dia macam manis-manis buah macam tu. Hahaha.
Suka part Solihin terangkan kat Sara, tak kisahlah kita jadi siapa pun, janji kita beriman. Saya suka cara akak menulis yang berkias2. Macam part raudah basuh pinggan dan solihin tak bagi sbb raudah bukan bakal menantu rumah tu. Sebenarnya nak cakap saralah yang patut basuh sebab dia bakal menantu. Hihi.

Cerpen #05: Bila Tiba – Qistina Alya
“Bila tiba masanya, Allah akan rawat luka dalam hati Hanis perlahan-perlahan. Bila tiba masanya, Allah akan kirimkan jodoh pilihan Dia untuk Hanis. Dan bila tiba masanya, dua hati akan jadi satu dengan izin-Nya.”

Cerpen yang biasa-biasa saja. Tentang Hanis yang putus tunang dan kemudian tak tentu arah. Rupa-rupanya jodohnya dengan Fahmi, kawan baiknya.

Cerpen #06: Ada Dia Di Sisiku – Tinta Biru
“Abang dah banyak berkorban untuk Nia. Kalau abang dah tak sanggup jaga Nia, abang hantarlah Nia balik ke rumah orang tua Nia. Nia sanggup, bang. Lagipun selama ni hanya abang yang jaga Nia. Nia tak jaga abang pun. Kalau abang nak cari pengganti Nia pun, Nia rela, bang.”

Satu-satunya cerpen yang buat aku menangis. Kisah Nia yang menghidap kanser payudara. Bagaimana kehidupannya bila doctor menyarankan agar payudara dibuang. Kasih sayang suaminya Nampak benar ikhlas dan menerima dan sentiasa bersama Nia walau apa pun yang terjadi. :’)

Cerpen #07: Aku Suka Hang La! – Umi Kalsom
Gila!!! Hendak saja aku jerit cakap ‘perempuan gila’ dekat minah sewel ni. Tapi sabarkan saja hati. Sudahlah di tengah-tengah kedai Pak Mail ini juga yang hendak dijadikan destinasi lafazkan kalimah cintamu. Hancus betul.

Kisah yang kelakar. Lebih kurang dengan cerpen #02 juga pengajarannya. Min sukakan Badri. Tetapi Badri tidak. Min suka mengusik Badri, tapi Badri buat tak layan. Bila Min pergi meninggalkan Badri, baru Badri terhegeh-hegeh mencari. Min yang nampak serba kekurangan akhirnya berjaya digroom dan berubah menjadi lebih baik daripada Min yang sebelumnya. Dan tiba-tiba, Badri pula menjadi sewel meluahkan rasa cinta pada Min. Hehehe…

Cerpen #08: Mahar Cinta Untuk Faiqah – E-Man Sufi
Lama dia menatap wajah ayu Faiqah. Allah saja yang tahu betapa dia mahukan gadis ini menjadi isterinya. Sudah sedaya upaya dia mengumpul duit tetapi masih juga belum cukup. Hantaran 50 ribu yang diminta Tuan Razlan memang tak masuk akal. Dia bukan hartawan mahupun jutawan. Dia hanya seorang tukang masak.

Cerpen ni macam cerpen yang pernah aku baca di penulisan2u karya Lea Qistina sewaktu ketika dahulu. Bolehlah di baca, tetapi tak begitu puas hati dengan endingnya.

Cerpen #09: Awek Spanar – Rehan Makhtar
“Dengan saya hari-harilah awak makan sup spanar, Amir…”
“Oh, tak apa. Sebab saya pandai masak…”

Kisah Cinderella versi spanar dan bengkel. Best.

Cerpen #10: Kerana Dia Untukku – Myra Ameer
“Bunga!”
Shaqir dijeling. Tajam. Kalau bunga itu merujuk kepada bunga ros tak apalah juga tetapi bunga yang dimaksudkan oleh lelaki itu ialah bunga tahi ayam. Apa kelas!

Disebabkan ini merupakan intro bagi sebuah manuksrip Aku Lelaki Itu, aku tak puas hati dengan cerpen ni sebab tak tahu pengakhirannya Bunga dengan siapa. Huh!

No comments:

Post a Comment