Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 21 June 2015

Review novel: Dia... Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah

Tajuk: Dia... Isteri Luar Biasa
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Penulisan2u
Harga:

Memandangkan cerita ni pun sudah di adaptasi, aku akan bagi personal opinion berdasarkan karya ya.

Aku beli novel ni daripada Kak Umie masa baru-baru keluar. Tapi baru keluar kilang terus masuk rak buku tak keluar-keluar. Sekali tu terpandang 1 episod DILB di televisyen. Walaupun drama ni ada isu, dan kemesraan yang dipaparkan agak melampau which is tak mengikut syariat, aku tak nafikan lakonan pelakon-pelakonnya memang daebak! Tapi berbalik kepada tajuk, aku akan review novel ni dan berikan personal opinion aku untuk karya ini. (Dan isu-isu seperti drama dilb lah menyebabkan aku enjoy baca novel daripada melihat maksiat depan mata dalam drama.)
.
Dewi Yusra, seorang perempuan cantik tapi kurang ilmu agama. Rambut blonde, pakaian seksi. Kerana pengalaman pahit dengan ayahnya yang sering mendera ibunya, dia trauma dengan lelaki dan secara tak langsung menjadikan dia benci kepada lelaki. Kena pula bila kawan baiknya sendiri bermasalah dengan suami sehingga bercerai, memang lagilah dia tak percayakan lelaki. Pada dia, lelaki semua tak berguna. Sedikit sebanyak aku merasakan perempuan macam ni wujud. Sebab aku pun ada perasaan macam tu sikit-sikit. Lelaki berkualiti memang susah sangat nak jumpa. Melihat perkahwinan orang-orang yang bahagia tapi si perempuan makan hati sedikit sebanyak memang ada perasaan single is simple, double is trouble. Bukan nak kata semua lelaki tak elok, tetapi lelaki yang elok itu kebanyakannya sudah berpunya dan memiliki keluarga. :(
.
Atas wasiat ibunya, Dewi Yusra hendaklah melahirkan waris untuk perniagaan Nasi Ayam Bonda. Dewi Yusra yang memang cetek ilmu agama pergi ke pakar untuk mengandung tanpa berkahwin. Ada 2 caranya, sperma yang diderma dengan ivf. Nasib baiklah doktor-doktor tu tau undang-undang negara dan tau halal haram. Semua tak membenarkan Dewi Yusra mengikuti mana-mana rawatan. Dewi yang sememangnya bimbo untuk perkara ni melangkah keluar daripada klinik dengan geram. Nak tak hendak, Dewi terpaksa mencari calon suami sementara. Lepas dapat anak, dia cabutlah. Itu perancangan dia.
.
Dewi ni perangai ya ampun. Sombong, ego dan dia je betul. Pertemuan dengan Raden di dalam kapal terbang untuk ke Malaysia menyebabkan dia jatuh hati pada Raden yang solat ketika dalam kapal terbang. Bukan calang-calang orang tau nak sembahyang dalam keadaan macam tu. Tapi sebab dia ni sombong sangat, baru dia menyesal sebab melayan Raden dengan kasar.
.
Kalau dah jodoh, pasti bertemu juga. Mereka secara tak sengaja tertukar beg laptop sewaktu hendak keluar. Untuk mendapatkan kembali barang masing-masing, mereka terpaksa berjumpa. Sukalah hati Dewi bila dapat jumpa calon bakal suami sementara dia selalu. Selepas pertemuan pertama, pasti ada pertemuan kedua dan seterusnya. Dewi nekad untuk memerangkap dirinya dengan Raden agar dia boleh berkahwin dengan lelaki itu.
.
Malam ditangkap, cuak muka Dewi bila melihat sekumpulan lelaki datang. Mereka dicadangkan berkahwin agar isu tak menjadi besar. Gelabah Dewi dibuatnya walaupun itu yang dia mahukan. Raden pula memujuk Dewi untuk berkahwin demi menjaga air muka dia dan Dewi. Mereka akhirnya ke London untuk bernikah.
.
Keluarga Raden daripada golongan yang baik-baik. Cuma aku tak suka sungguh dengan watak kak long Zahrah. Baca novel ok lagi. Dalam drama bingit telinga aku bila dengar suars dia. Tahniah elizad atas lakonan yang bagus! Kak Long Zahrah ni, walaupun bertudung litup menutup aurat, mulutnya bisa boleh tahan. Menghakimi Dewi macam dia confirm masuk syurga. Percayalah, kalau aku Dewi, tak ada maknanya aku nak bertudung menutup aurat bila duta islam tu mulut macam puaka dan menghina-hina orang lain. Urgh please. Sangat tak berakhlak dalam berdakwah. Well, dia tak berdakwah pun. Terus menghukum melulu. Asyik-asyik comparekan Dewi yang urban tu dengan Fatihah yang perempuan melayu terakhir yang nak dijodohkan dengan Raden. Tapi akhirnya, Fatihah tu juga yang cantas suami kak long daripada kak long. Heh. Bertudung tapi taklah baik sangat, kan? Cuma aku agak risau kalau dalam realiti, pengakhirannya lelaki seperti Raden yang berubah menjadi lebih urban daripada Dewi dan tak mampu membimbing Dewi. Mujur dalam novel Dewi berubah lebih baik.
.
Happy ending untuk Raden dan Dewi.
.
Ada juga yang komen novel ni teruk, tak mendidik dan mengangkat wanita-wanita yang tak bertudung seolah-olah biar hati baik - cukup. Tapi pada aku, benda ni bergantung bagaimana kita menilai sesuatu novel tu. Aku suka novel ni. Aku nak bagi 5 bintang. Sebab pada aku novel ni banyak pengajaran tersirat.
.
Ya, memang free hair tu haram. Tapi, ingat balik pada hadis Rasulullah s.a.w. yang ada menyatakan, dalam tubuh manusia ada seketul daging, kalau daging itu baik maka baiklah keseluruhan tubuh manusia tetapi kalau hati itu busuk, maka busuklah seluruh tubuh manusia.
.
Rakan-rakan pembaca, sebab itu penting sangat bagi kita beristighfar, bertaubat untuk membersihkan hati. Tak kisahlah kita bertudung ataupun tidak. Sebab apa? Bila hati kita bersih, mudah kita menerima cahaya petunjuk daripada Tuhan. Mudah untuk kita mengikut dan menurut perintah Tuhan kita. Freehair hati baik? Cek balik adakah kita sudah mengikut syariat sebab bila hati baik, keseluruhan kita akan menjadi baik. Bertudung hati baik? Cek balik amalan kita. Hati kita. Lintasan-lintasan yang datang. Sebab bila kita rasa kita dah cukup baik itulah sebenarnya menunjukkan hati kita belum cukup bersih dan elok. Masa itulah syaitan mengapi-apikan kita dengan memandang rendah pada amalan orang lain seolah-olah amalan kita paling terbaik. Nauzubillah.
.
And after all, people can change. Boleh jadi mereka yang kita pandang serong, pengakhiran hidupnya baik sekali. Kita yang merasakan cukup bagu, mati dalam keadaan yang tak baik. Nauzubillah. Dan yang lagi penting, apa yang kita dah lakukan untuk mengajak mereka yang kurang baik (pada pandangan kita ni) untuk jadi baik dengan kita? Agama itukan nasihat?
.
Jujur aku enjoy cerita ni. Mungkin sebab dah tua-tua ni, aku suka kisah2 novel yang memuatkan isu kekeluargaan. Hihi. 5 bintang with no doubt.
.
ps: Menyesal wooo letak dalam rak 2 tahun.


No comments:

Post a Comment