Tajuk: J.A.D. (Jiwaku Ada Dirimu)
Penulis: Wawa Taufik
Penerbit: Idea Kreatif
Harga: RM25.00
.
Review ini mempunyai spoiler. ^^
.
Aku mengambil masa tidak sampai sehari untuk menemui perkataan tamat. Novel yang santai dan tak sakit kepala dibaca memang sesuai dengan citarasa aku. Cuma, sebab masih tak boleh move on daripada Dr. Raden, mood membaca tu tak membuak-buak. Hihi.
.
JAD mengisahkan Alena dan Jad yang berkawan baik di Leeds. Mengikuti kursus pengajian yang sama dan pemikiran yang sama menyebabkan mereka menjadi rapat. Sikap Jad yang melindungi membuatkan Al selesa meminta bantuan daripada Jad. Lagi-lagi bila dia diugut dengan bekas kekasih, Khan yang tak boleh terima di dump oleh gadis itu. Jadlah yang menjadi penyelamat dan membenarkan Al tinggal di rumahnya.
.
Wowowo... part ni sensitif banyak untuk Islam, ok? Banyak cara lain untuk Jad tolong Al. Tapi mungkin iman dan taqwa tu so-so, duduk pula di luar negara yang bebas, benda ni tak jadi isu pada mereka. Tapi yeah... walaupun mereka duduk bilik asing-asing... bila lelaki dan perempuan ajnabi berdua di tempat yang sunyi... apa yang ada kawan-kawan? Syaitan! Pandai! *pat belakang* Aku masih ingat semasa di uni, ada seorang rakan chinese yang belum Islam bercinta dengan seorang arab mesir yang Islam bertanya kepada kawan aku, why it is not allowed for man and woman to live under the same roof eventhough they do nothing? Lalu kawan aku bertanya kepada ustaz kami dan ustaz menjawab, berapa peratus awak yakin lelaki itu tak berasa apa-apa? Sebab itu Islam cakap, jauhi zina. *tetiba tazkirah zina. Ok kembali kepada novel
.
Ibu bapa Jad datang melawat anaknya di Leeds. Sebab dah kenal dengan Al, mama Jad mempelawa Al untuk duduk sekali dengan mereka sementara mereka dekat situ. Al setuju. Pada masa ni, Jad memberitahu perkara sebenar. Risau dengan hubungan mereka berdua, ibu bapa Jad meminang Al untuk menjadi isteri Jad. Al setuju - sebab nak elakkan diri daripada Khan dan Jad? Bisinglah dia sebab dia anggap Al sebagai kawan. Tapi Al pujuk, cakap mereka patut usaha to make it work. Jad setuju.
.
Novel ni banyak berkisarkan tentang kehidupan mereka selepas menjadi suami isteri. Bagaimana Al dengan Jad sama-sama belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain. Iyalah, sebelum ni kawan baik. Sekarang dah jadi suami isteri. Kalau sebelum ni apa saja diluahkan, selepas berkahwin banyak yang Al diamkan. Bila cemburu dengan Jad pun dia diam tak bertanya. Komunikasi yang lemah antara mereka menyebabkan ada saja isu yang melibatkan cemburu. Tambahan pula kahwin muda, jadi serius memang banyak yang Al kena belajar.
.
Baca blurb ada ayat Al tanya Jad sama ada dia gay ke tak, kan? Hahaha. Sebenarnya sebab Jad ni 5 sekawan dekat Leeds dan semuanya lelaki dan tak ada girlfriend. Jadi sebab itulah Al sangka Jad ni gay.
.
Cerita yang santai. Dari segi gaya bahasa ok. Cuma aku terganggu bila penulis cakap swimming pool berbentuk sfera - what?! Aku tak dapat bayangkan macam mana swimming pool sfera like seriously. Siap google lagi kot-kot aku ke yang salah. Hahahaha. 3.5 bintang untuk JAD.
.
ps: aku nak let go novel ni. Visit instagram _cikanne untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment