Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Monday, 22 June 2015

Review novel: Yang Dia Mahu

Tajuk: Yang Dia Mahu
Penulis: Rehan Makhtar & Emy Roberto
Penerbit: Ideakreatif
Harga: RM26.00 (novel special edition)
.
Review mempunyai spoiler. ^^
.

Encik Sederhana
.
Jujur aku cakap aku beli novel ni sebab Rehan Makhtar. Rasa teruja nak baca kisah Encik Sederhana bila baca sinopsis novel.
.
ES mengisahkan Yuyu dengan Fateh yang dijodohkan oleh kedua orang tua mereka. Fateh setuj. Yuyu, setuju kalau Fateh setuju. Pertemuan kali pertama dengan Fateh membuatkan Yuyu terkedu. Ada 3 syarat yang Fateh tetapkan.
1. Bertunang tak lebih 3 bulan.
2. Hanya majlis kesyukuran saja
3. Tak boleh make-up.
.
Yuyu yang sudah merancang bermacam-macam perkara untuk majlis perkahwinannya menerima dengan berat hati. Tak mahu kalah dengan Fateh, dia memberikan dua syarat kepada Fateh. Kali ini Fateh pula yang terkedu. Apa tidaknya, syarat kedua itu haruslah berat untuk dia laksanakan. Kekeke...
.
Sepanjang perjalanan untuk pertunangan dan perkahwinan mereka lebih banyak berkisarkan tentang mainan perasaan Yuyu. Sedikit sebanyak dia yakin memilih Fateh sebagai suami. Lagi-lagi bila Fateh memang mengambil berat tentang Yuyu dan sanggup berkorban untuk Yuyu walaupun keadaan badannya tak sihat mana. Tapi bila mendapat tahu Fateh pernah sukakan seseorang, cemburu juga dia dibuatnya.
.
Selepas berkahwin, Fateh yang bermulut bisa menjadi seorang yang sangat lembut dengan isterinya. Tak ada konflik yang mencabar. Bila baca novel ni rasa aman-aman je. Konflik selepas berkahwin yang betul-betul aku rasa zuppp masa Fateh jatuh dari ketinggian sepuluh meter. (Ini mengingatkan aku pada seorang abang bekas jiran yang jatuh di tempat kerja sehingga menyebabkan tulang punggung patah.) Fateh yang jatuh lama juga nak sembuh lagi-lagi bila saraf tunjang dia cedera. Alhamdulillahlah dia tak lumpuh terus. Yuyu yang bekerja sebagai guru nekad meletak jawatan. Fateh terharu. Dia mula yakin dengan perasaan Yuyu terhadapnya. Enam bulan berlalu, kesihatan Fateh semakin baik.
.
Reunion. Yuyu berjumpa kembali dengan rakan-rakan zaman belajarnya. Dia dipandang rendah kerana tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kereta pun pakai kereta Kelisa pemberian Fateh. Yuyu tak tentu arah. Dia rasa menyesal berhenti dan meminta izin Fateh untuk bekerja kembali. Fateh merelakan dalam terpaksa. Selepas di brainwash oleh kedua ibu bapa dia, Yuyu mula berfikr secara rasional. Pertemuan kali kedua dengan rakan-rakan yang memandang rendah terhadapnya mengubah pendirian Yuyu daripada hendak bekerja akhirnya memilih untuk berbakti untuk suami dan keluarga.
.
Sebuah cerita yang simple. 3 bintang. Tak tahu nak komen macam mana. Masa baca tu rasa biasa-biasa je. Tapi dari segi ilmu dan pengisian memang ada. Tak rugi kalau baca. :)
.
Tercipta Untuk Dia.
.
Tak tahu macam mana nak komen cerita ni. Sebab watak masing-masing semuanya urban - pegang peluk tak jadi masalah. Dari segi penulisan dan gaya bahasa penulis, sedikit sebanyak gaya bahasa macam aku baca novel Hlovate. Gaya bahasa je ok, gaya bahasa! Dari segi plot dan jalan cerita aku rasa quite ok. Tapi boleh dijangkalah.
.
TUD mengisahkan 5 watak utama. Didi - Aladin, Dian - Eagil - Ameer.
.
Dian dijodohkan dengan Ameer oleh kedua ibubapa mereka. Tapi Dian awal-awal dan cakap dekat Ameer, you are not my type. Pertemuan dengan Eagil sewaktu di airport memberikan kesan di dalam hati Dian dan Eagil. Mereka masing-masing tidak mahu perkenalan yang singkat itu berakhir di situ. Ameer dalam pada masa yang sama cuba mengambil perhatian Dian. Tapi kalau hati tak suka, memang susahlah nak suka, kan? Walau apa pun cara orang tu memujuk.
.
Didi pula bercinta dengan Aladin. Tup-tup cinta Aladin beralih kepada Shasha. Jujur cakap, aku benci watak Aladin and Shasha ni walaupun diorang baik and try untuk be kind dengan Didi. Tak gunalah weh kau dah hancurkan hati orang lepas tu nak ambil berat semua. Kalau aku jadi Didi, sakit jiwa dibuatnya.
.
Endingnya? Hrm... happy and sad ending untuk sesetengah mereka. Kalau untuk Dian, sebenarnya aku tak tahu nak sokong Ameer atau Eagil sebab kedua-dua watak lebih kurang je pada aku. Yang pasti, kesian pada Didi dan Ameer pula kisahnya lebih kurang macam Didilah.
.
2 bintang.

2 comments:

  1. salam,novel ni ada untuk dijual x??

    ReplyDelete
  2. JAMU77, CASINO ROOM & RESORT - Jeju City - Jtmhub
    JAMU77 CASINO ROOM & 순천 출장안마 RESORT is Jeju's 김포 출장안마 premier 삼척 출장마사지 gaming destination located in Jeju City. 서울특별 출장마사지 Enjoy 김제 출장안마 a scenic drive in the entertainment district.

    ReplyDelete