Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 18 June 2015

Review novel: Jodohku & Janji-Nya - Suzana Sulaiman

Tajuk: J&J, Jodohku & Janjinya
Penulis: Suzana Sulaiman
Penerbit: Idea Kreatif
Harga: RM26.00

Review mempunyai spoiler ^^,


Lama rasanya tak dapat spend masa baca novel dan buat review. Novel ni pun baru berjaya habis dua tiga hari lepas. Kelam kabut dibuatnya sejak mula bekerja ni. Hehehe. Ok, ini bukan review kehidupan. ;)
.
Aku beli novel ni atas recommendation orang. Kata dia novel ni best meletop kebabom macam tu. Bila baca, pada aku... ok meh review dulu. :D
.
JnJ berkisarkan tentang seorang Jannah dan seorang Jihad yang sama-sama meminati dunia permotoran. Mereka berkenalan sewaktu lepak sekali dalam kumpulan motor mereka. Jihad yang baru mengikuti kumpulan tu terus jatuh cinta pandang pertama pada Jannah dan berhasrat untuk menjadikan Jannah sebagai seorang isteri. Nampak sweet kan? Tapi percayalah kalau dalam dunia nyata, menakutkan! Macam itulah yang Jannah rasakan. Dia tak selesa, dia tak suka. Lagi-lagi bila baru berjumpa dua/tiga kali dah ajak kahwin.
.
Jihad digambarkan sebagai seorang yang tahu apa yang dia nak dan yakin dengan tindakan dia. Walaupun Jannah beriya-iya menolak, dia cuba meyakinkan Jannah untuk menerima dia. Tiada kata-kata romantis, puitis yang dia gunakan. Cuma dia minta Jannah bagi Jihad peluang untuk mereka berkenalan dan meminta Jannah melakukan solat sunat Istikharah sebelum terus menolak.
.
Beberapa pertemuan tanpa sengaja berlaku antara Jannah dan Jihad di mana Jannah menyangka Jihad mengikutnya. Tapi, kalau dah jodoh bertemu juga iya dop? Atas nasihat Safi, kawan baiknya... Jannah menerima Jihad sebagai kawan dan mereka boleh duduk berbual bagai tiada apa-apa yang berlaku sebelum ni. Jannah lebih terbuka kepada Jihad berbanding dengan rakan-rakan motor mereka yang lain. Hal ni menyebabkan Malik memberikan sokongan pada Jihad untuk terus berusaha menawan hati Jannah.
.
Trauma dengan masa silam menyebabkan Jannah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Sudah mula berbaik, mereka kembali bergaduh atas sebab yang kecil sehingga membuatkan Jihad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Namun dia tetap bertanyakan khabar Jannah pada rakan-rakan motor yang lain.
.
Jannah di tangkap oleh sekumpulan lelaki yang tak tahu siapa dan tak tahu mengapa. Bila mereka berhenti di R&R Rawang, Jannah berusaha melarikan diri dan orang pertama dia telefon adalah Jihad.
.
Jihad yang tak tahu ke mana hendak membawa Jannah (kerana tak tahu rumah sewa mereka) akhirnya membawa Jannah ke rumah orang tuanya. Di sini mulanya perkenalan Jannah dengan keluarga Jihad. Melihatkan keluarga yang harmoni begitu, Jannah perasaan Jannah terusik. Lagi-lagi bila dia seorang anak yatim yang hidupnya menumpang di rumah mak cik-mak cik dan akhirnya di hantar ke rumah kebajikan.
.
Mak Jihad berkenan benar dengan Jannah dan akhirnya menjadikan Jannah sebagai anak angkatnya. Dia tak kisah pun kalau Jannah tak berkahwin dengan Jihad. Tapi kalau kahwin lagi baik. Hehe. Jannah yang mula lembut hati tiba-tiba melamar Jihad menjadi suaminya di rumah Jihad. Terkedu Jihad dibuatnya.
.
Satu kehilangan menyebabkan Jannah kembali kepada Jannah yang asal. Dia menangguhkan perkahwinannya dengan Jihad dan pergi ke Syria untuk membantu pelarian di sana. Jihad dengan berat hati menerima kehendak Jannah.
.
Endingnya? Happy ending for sure. Aku bagi 4.5 bintang untuk kisah Jihad dan Jannah. Boleh kalau nak diberi lima, tapi sebab rasa tergantung dengan kes penculikan Jannah aku rasa tak puas hati. Sebab aku expect Encik Adli yang tak berjaya mendapatkan tender tu berdendam dengan Jannah. Atau aku yang terskip mana-mana part tu aku tak pasti. Hehehe.

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Ramadan Mubarak!
    Terima kasih banyak kerana sudi membaca dan buat review on JnJ dan minta maaf sebab biarkan plot yang satu tu tergantung (sengaja sebenarnya.. hehe.. sebab nak biarkan pembaca buat kesimpulan sendiri.. and yrs in correct)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa akak penulis komen kat sini. Hihihi. Sama2 kak. Teruskan menulis novel yang best2 lagi. Jnj ni walaupun tak ada adegan panas, manis leting tetap berjaya hook saya baca sampai habis. Sebab dia manis dengan gayanya sendiri. 👍👍👍

      Delete