Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 5 July 2015

Review novel: My Lovely Tengku - Pitteriah Abdullah

Tajuk: My Lovely Tengku
Penulis: Pitteriah Abdullah
Harga: RM 23.00
Penerbit: Buku Prima
.


Aku agak hampa dengan novel ni. Mungkin sebab expectation aku tinggi - macam novel Oh, My Prince!, jadi bila aku baca bab awal aku agak kecewa.
.
Jalan cerita dan konflik novel ini sudah cantik. Isu yang di ketengahkan merupakan isu yang besar dalam masyarakat kita. Cuma, cara olahan dan latar tempat dan latar belakang cerita ni agak menganggu fantasi aku. Kalau tak, aku yakin karya ni boleh menjadi karya yang bagus.
.
Sepanjang aku baca novel ni, sikit pun tak rasa watak hero tu lovely. Hahaha. Mungkin aku mengharapkan hero yang sweet dan betul-betul lovely dan baik dengan isteri. Tapi bila watak Akif ni macam tegas - itu tak mengapa lagi, tapi dia boleh lepas tangan je bila Zara nak mencari mak kandung dia di Johor. Tak kesian ke kat isteri kau tu, weh?
.
Aku tak boleh imagine yang digambarkan watak keturunan raja tapi jadi ketua di sesuatu kawasan. Aku membayangkan macam  - apa beza keturunan raja ni dengan ketua kampung/penghulu? Duduk istana di sebelah rumah Zara siap boleh panjat pokok untuk masuk ke dalam bilik Zara? Hahaha. ok memang tak tercapai akal aku. Mungkin meihatkan realiti kerabat diraja di Malaysia ni yang jauh beza daripada apa yang penulis gambarkan buatkan fantasi aku terbantut. Mungkin kalau penulis reka sebuah negara baru yang tak wujud aku rasa lebih menarik. Lepas tu, Akif panjat pokok masuk bilik Zara - yang merupakan jiran dia, lepas tu boleh bersiap untuk pergi kerja tanpa keluar daripada pintu - hanya dengan tingkap? Walaweh. Ke aku salah baca ni?
.
Dan bab-bab awal yang menjadi penyebab perkahwinan Zara dan Akif tu aku cukup benci. WHT laaa Akif nak buat cara kotor tu untuk dapatkan Zara? Dan Zara pun boleh pulak ikut berlakon seolah-olah dah tak suci supaya Akmal menceraikan dia? Mana maruah kau weh? Dah la anak haram  lepas tu boleh mengaku dah terlanjur dengan Akif. Orang dah hina kau sebab anak haram, kau tambahkan lagi penghinaan itu. Pfft.
.
Lepas kahwin tak habis-habis fokus nak anak. Macam dalam hidup ni tak ada masalah lain nak diutarakan. Entahlah. Mungkin macam aku cakap awal-awal tadi - expectation aku terlalu tinggi. Aku minta maaf pada penulis. Aku tahu dia dah banyak menulis novel, tapi mungkin penulisan beliau tak kena dengan citarasa aku. 2 bintang.
.
Tapi apa yang pasti, aku suka novel Karangkraf/Buku Prima sebab kertasnya sangat lembut dan best. AKu nak jual novel My Lovely Tengku dengan harga RM 16.00 termasuk poslaju semenanjung. Jemput ke instagram _cikanne untuk maklumat lanjut.

1 comment: