Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 7 December 2017

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Nadiah


Oktober hari tu aku pun pergilah buat x-ray gigi sebab rasa tak selesa sangat dekat kawasan gigi bongsu dengan geraham. Sebenarnya bukan sakit pun. Cuma rasa gigi bongsu tu menolak gusi nak keluar tapi tak keluar-keluar macam tu 😂

Lepas buat x-ray, nampaklah kedudukan gigi tu tak comel. Doktor memang suruh buang. Tapi disebabkan Dental/Optical benefit tu aku dah claim masa buat specs hari tu, aku plan untuk buat dekat klinik kerajaan je.

Malam x-ray, esoknya aku pergi klinik gigi. Mujurlah masa tu waktu pesakit luar. Terus daftar dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertugas. Terus set appointment untuk MOS.

Jadi hari ni 7hb Disember, aku pun pergilah Klinik Pergigian Kerteh dengan membawa x-ray yang aku buat hari tu. Sebenarnya masa dapatkan nasihat dentist tu, aku tertinggal x-ray dekat ofis. Jadi doktor suruh bawa masa appointment.

Bangun pagi tu lepas solat subuh, aku keluar rumah pukul 7 lebih untuk sarapan. Lepas sarapan, balik rumah sekejap sebab nak gosok gigi apa semua sebelum ke klinik 😂

Aku sampai klinik dalam pukul 8.30 pagi. Lepas daftar apa semua dekat pukul 9 rasanya baru dipanggil. Tak ada orang lain masa tu. Aku seorang je. Mungkin sebab slot untuk yang buat temujanji agaknya.

Mula-mula tu Dr. Ana yang cek gigi aku. Muda lagi orangnya. Muda daripada aku. 😂 Masa tengok x-ray tu, dia cakap, gigi bongsu nampak okay. Gigi geraham sebelahnya nampak dah kena impak. Jadi kalau buang bongsu, takut geraham pun kena buang sekali sebab berlubang. Tapi Dr. Ana tak dapat cek sebab belah bawah gusi. Dia guna alat pun tak nampak.

Dr. Rabizah pula  doktor yang lebih senior kat situ pun ada sekali. Akhirnya dia advise buat x-ray lagi sekali sebab takut sebenarnya gigi geraham tu tak apa-apa. Hanya kesan x-ray yang tak jelas je. Lepas x-ray tu barulah dia bagi pendapat untuk buang gigi bongsu. Rezeki aku akar gigi bongsu tu tak mencapah. Lebih mudah keluar katanya.

X-ray kedua

Banyaklah perkara yang dia advise. Salah satunya tentang kedudukan akar gigi bongsu aku yang dekat dengan saraf. Dia pun ceritalah apa kesan kalau saraf cedera/putus. Aku pun tanyalah berapa probability untuk saraf putus? Dia cakap 1 dalam seribu. Sempat aku bergurau tanya dia aku patient yang keberapa. 😂

Aku sejak masuk bilik rawatan tu aku dah pasang earphone nak dengar lagu. Cuak gila weh. Denyutan nadi aku sampai 108bpm tau. Gila takut punya pasal. Elok lepas Dr. Ana bius, masa Dr. Rabizah nak in charge untuk MOS, boleh pulak lagu BTS -Save Me tengah play. Fit the situation sangat 😂

Masa surgery tengah buat, memang langsung tak rasa sakit. Adalah rasa dia tekan-tekan tu. Tapi serius tak sakit. Penat je aku nervous dari hari semalam. Tapi masa dia dah mula nak tarik gigi tu, boleh rasa akar tu nak tanggal dari gusi. Pergh, teringat feeling cabut gigi masa budak-budak. Tapi tak sakit lagi masa tu.

Nightmare begins lepas dia cabut gigi. Rasa sengal/denyut tu dah menangkap ke kepala. Tapi tak sakit mana. Cuma dah mula rasa tak selesa. Gusi dia jahit balik. Aku dapat 4 jahitan. Dalam pukul 10.40 pagi MOS selesai. 💆‍♀️

Terima kasih buat Dr. Rabizah kerana buat MOS dengan baik. Juga Dr. Ana yang menjadi pembantu sepanjang MOS.

Balik rumah tu dah start dah rasa sakit dan tak selesa apa semua. Terus aku makan painkiller untuk kurangkan rasa sakit. Sekarang dah pandai dah makan painkiller. Masa eksiden patah tulang clavicle tu aku tak tahu masa bila nak makan painkiller 😂

Lepas 6-7 jam tu rasa sakit tu datang balik. Terpaksalah aku gagahkan diri masak bubur sebab nak makan painkiller lagi. Ni masa aku menaip ni rasa sakit dah tak sekuat petang tadi. Kesan ubat agaknya. Harap-harap gusi ni cepat recover. 14hb ni ada dinner ofis. 😂

Till then 💖

8 comments:

  1. Nak tanya.. awak pergi masa hari cabut tu sorang² ke?? Drive kereta sendiri ke? Ke ada orang temankan? Sebab biasanya klo operate kan x boleh huat kerja berat. Sy risau ni nak operate gigi.😩

    ReplyDelete
  2. oohh. lepas cabut tu yg sakit ke. ingatkan lepas cabut x sakit dah. sy sekarang tgh rasa sakit kat rahang. huhu. nervous pulak nk jumpa doc. tapi kalo lagi dibiar takut makin sakit.

    ReplyDelete
  3. Sya pn alami benda yang sama..dh 4hari.. pipi sya membengkak nk mkn pn pyh.. awk xpernah rsa mcm tu ke?

    ReplyDelete
  4. Sya pn sakit gigi geraham bongsu berlubang.bila pergi klinik doktor bg antibiotik,seminggu lps tu pergi klinik balik..doc ckp xboleh cabut lg sb ada nanah & gusi masih bengkak,so doktor sedut nanah..masa sedut xrasa apa2 sb bius.lepas hbs ubt bius, Allah jer yg tau sakitnya duk berdenyut2..mkn ubt tahan sakit pon xhilang..so terpaksa mc lg..memang lps sedut nanah mcm ni ke? Sape pernah ? Ada tak petua utk hilangkan sakit.. xtahan nye

    ReplyDelete
  5. Saya baru jer selesai cabut gigi graham bongsu...lepas 1 jam operation sakit datang dh.. Harapkan doa tawakal dgn ubat pain killer jer..

    ReplyDelete
  6. sy baru shj operate geraham bongsu...lepas operate baru rasa sakit yg teramat sgt.dah 1 minggu pun pipi bengkak x hilang 100% lagi

    ReplyDelete
  7. Nak tanye brpe lme kena makan bubur n aiskrim tu sbb sy bru operte ggi bongsu khmis lepas.lepas cabut jahitan tu dh xskit ke cmne

    ReplyDelete
  8. Takot nya....saya nak kene cabot jugak ni...jd risau pulak

    ReplyDelete