Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Wednesday, 20 December 2017

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Nadiah part 2

Hampir 2 minggu selepas MOS 7hb hari tu. 2 minggu ni banyak juga perkara yang berlaku. Sambungan kisah cabut gigi bongsu tempoh hari, 1 hari aku down. Kepala sakit tak payah cakaplah. Makan pun x larat nak mengunyah. Akhirnya bubur yang aku masak, aku blender je untuk aku hirup. Keadaan berbeza pada hari Jumaat tu. Bukannya dah boleh makan nasi, tapi sakit kepala tu dah tak ada. Tak ada langsung! Subhanallah.... tapi gatal juga makan painkiller tengah hari tu. Makan tanpa sebab. Hari kedua ni pipi dah mula bengkak. Macam saiz bola ping pong aku rasa. Hahaha.😆


Ahad, hari ketiga lepas MOS aku dah gila rasa nak makan normal. Last-last breakfast aku makan nasi dagang. Mengunyah dekat belah kanan. Hari ketiga ni dah start makan nasi berlauk macam biasa. Tapi ambil yang senang nak kunyahlah. Cuma mulut je tak boleh buka luas. Yang aku perasan, hari pertama dan kedua lepas MOS ni, gusi bleeding lagi. Hari ketiga dah kurang sikit. Gosok gigi masih berhati-hati. Dekat kawasan berjahit tu aku kumur je dengan ubat kumur yang doktor bagi. 
😡

Hari kelima dan keenam, aku mula sakit kepala balik. Mungkin sebab tension dekat jahitan tu ke atau aku buka mulut luas sangat. Haha! Rahang rasa sakit sampai menangkap ke kepala. Memang hari-hari sebelum buka jahitan ni aku makan painkiller 1x sehari. Bengkak dah berkurang masa hari kelima dengan keenam ni. Tiba 14hb tu, aku pergi klinik untuk buka jahitan. Daripada 4, ada 3 je yang tinggal. Haha! Ingatkan sakit, tapi rasa macam pakai floss je. Tak sakit pun. 
😌

Itu sajalah pengalaman cabut gigi bongsu Nadiah. Daripada gelabah nak cabut sampailah buka jahitan. Hihi. Untuk mereka yang takut nak cabut, tak ada apa pun cabut gigi ni. Kalau sakit, makanlah painkiller. Nervous masa nak cabut, dengarlah lagu. Haha. Moga baik-baik aja semuanya. 😃

Till then.
💝


1 comment: