Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Tuesday, 11 April 2017

Passion dan obsession?

Lama dah tak menulis. Review novel pun dah malas sebab novel-novel masih banyak yang pending untuk dibaca. Terlalu. Banyak. *sigh*

Menulis pun lama tidak menulis. Mood ke laut. Ke jiwa serabut? Tidak juga sebenarnya. Mungkin sebab tiada rasa cinta, bunga-bunga di dalam taman hati menyebabkan aku pun tak boleh hendak menulis? Entahlah.


Blog ni pun sesekali aku jengah bila dapat notifikasi ada komen yang pelawat yang tiba-tiba terjumpa blog ni masa google agaknya. Haha. Tapi paling banyak komen adalah dalam entri clavicle fracture.

Aku masih ingat tujuan aku menulis entry tu kerana aku tak jumpa langsung sharing mereka yang pernah patah tulang bahu. Yang ada pun penulisnya orang luar. Jadi secara tak langsung memberi aku idea untuk menulis pengalaman aku patah tulang bahu 3 tahun 5 bulan lepas. Subhanallah wa alhamdulillah... ramai yang share pengalaman masing-masing dalam ruangan komen tu. Mudah-mudahan mereka yang pernah alami kemalangan yang sama dikurniakan sebaik-sebaik penyembuhan oleh Allah s.w.t.

Hari ini entah kenapa rasa hendak menulis balik. Warming up. Mungkin. Mana tahu sebelum hujung tahun ni dapat siapkan projek baru? Amin ya Allah. Cuma... yang menjadi cabarannya adalah untuk aku allocate masa untuk menulis. *sigh*

Passion and obsession.

Tadi masa training, aku happened to join peoples conversation. Cerita tentang... apa ya? Yang boleh lead kepada k-pop. Tapi aku agak tertarik dengan seorang miss ni punya komen yang lebih kurang begini,

"That's good if you know your sister's interest (towards k-pop obviously). At least you know they didn't go out with men and taking drugs."

Oh. *fireworks*

Aku terjebak dengan K-Pop back in 2009. Minat tu maintain sehingga 2010 and stop dalam 2011-2012? Aku tak boleh nak recall sangat. Maaf untuk memori aku yang agak lemah *crying inside*.

Stop sebab rasa nak berubah lebih baik tapi 2013 masa praktikal, tertengok K-Variety (Running Man) and stuck balik dengan Hallyu wave until now. Tapi since lagu terakhir Super Junior tu dah stop quite some times sebab tak follow dengan artis-artis baru.

So nak dijadikan cerita, kerja dan berjumpa balik dengan kawan yang sama interest. Ter-cross dengan group BTS maka jadilah aku international fan mereka sehingga sekarang. *Sekarang google BTS tak keluar dah behind the scene. xD*



Jadi apa yang aku nak cerita sebenarnya? Entahlah. Mungkin nak bercerita tentang passion aku daripada menulis sudah shift kepada BTS? Atau mungkin sebenarnya aku masih dalam fasa mencari-cari identiti diri? Ah...

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan berikut:

Bagaimanakah caranya untuk seorang international fan mencari duit dengan passion terhadap BTS?
1. Mimpilah kau nak buat duit kalau kerjanya menghabiskan duit untuk memberi segala album, dvd dan merchandise yang Bighit keluarkan.

Sekian.





No comments:

Post a Comment