Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Tuesday, 10 May 2016

Review Novel: Hero Seorang Cinderella - Anjell

Tajuk: Hero Seorang Cinderella
Penulis: Anjell
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM 28.00

Review plus spoiler. ;)



Aku beli semasa ke Danga City Mall, JB. Kebetulan pulang ke kampung halaman pada minggu itu, terus aku masukkan novel ni ke dalam to-buy aku. Hari ini (09.05.2016) aku menamatkan pembacaan. Sebuah buku yang aku rasa worth untuk aku review di blog. Mungkin aku tidaklah reti nak review dengan cara sebenar. Maafkan aku ya.

Seperti karya-karya Anjell yang sebelum ni, HSC tak lari daripada tema orang yang ada-ada. Lelaki kaya, kacak, baik... watak idamanlah kiranya. Tetapi aku tak pernah bosan dengan watak-watak seperti ini kerana... itulah fantasi yang seronok dibaca dan diangankan. ;)

Nura Medina anak gadis Datuk Azizan. Hidup bersama Datin Mawar, mama tiri yang momster dan Puteri, kakak tiri yang irritating, dia digambarkan seperti seorang Cinderella. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat. Tambahan pula, sikap Datin Mawar yang sentiasa berlagak baik dihadapan Datuk Azizan sambil mencucuk jarum menyebabkan Datuk Azizan buta mata, buta hati.

Tengku Ian Uzzam @ Ku Zam pulang ke Malaysia untuk melaksanakan amanat ayahnya. Setibanya di Malaysia, keluarga Datuk Azizan sudah bersiap-siap membuat majlis untuk menyambut Ian. Sewaktu Ian dan Farizzam, adik angkatnya tiba, Ian terdengar pembulian yang berlaku terhadap Medina yang dilakukan oleh Datin Mawar dan Puteri. Tiba idea nakalnya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Untuk menyelamatkan Medina juga untuk melihat drama dunia, dia menukar watak daripada Ku Zam menjadi Ian dan Farizzam dipaksa memegang watak sebagai Ku Zam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Menjadi besan dengan keluarga Tengku Ismadi merupakan cita-cita Datin Mawar. Padanya, segala harta Datuk Azizan pasti akan jatuh pada Medina memandangkan Puteri hanyalah anak tiri. Jadi demi menjamin kebahagiaan anaknya, Datin Mawar melancarkan misi untuk menjadikan 'Ku Zam' sebagai suami Puteri tanpa mengetahui Ian merupakan Ku Zam sebenar.

Sikap Ian yang ramah dan mesra menyebabkan Medina akhirnya menerima Ian sebagai rakan. Tiba di satu hari, Tengku Ismadi pulang ke Malaysia untuk membuat pengumuman mengenai Ku Zam yang akan mengambil alih perniagaannya. Pada saat inilah semua lakonan terbongkar.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Mendapat tahu lakonan Ian, Medina kecewa. Namun rajuknya tidak panjang bila Ian berjaya berjumpa dan bersemuka dan memohon maaf. Satu sikap yang aku suka dalam diri hero dan heroin ni adalah tidak bergaduh dengan meleret-leret. ^^

Mereka terus berkawan seperti biasa. Namun mendapat tahu Farizzam bukanlah Ku Zam sebenar dan Ku Zam berkawan baik dengan Medina, Datin Mawar tidak puas hati. Puteri pula yang pada waktu itu sudah mula berputik rasa suka pada Farizzam melupakan perasaannya. Perangkap dipasang dan Medina tertangkap bersama seorang lelaki di dalam biliknya sendiri! Kesucian Medina diragui. Dia dihalau oleh ayahnya sendiri seperti mana ibunya pernah di halau 23 tahun dahulu. Dan pada saat inilah Ian perlu membuktikan yang dia tergolong dalam 0.1% itu!

Apa amanat Tengku Ismadi kepada Ian? Apa yang berlaku pada ibu Medina 23 tahun yang lalu? Cukup sampai sini aku menulis. Seperti biasa, review tidak akan habis demi menyokong novel penulis di pasaran. It's a worth reading. Tak pernah bosan dengan tulisan Anjell. Cuma biasalah, novel Anjell ni tebal sedikit. Hahaha. 4/5 bintang untuk Hero Seorang Cinderella. ;)

2 comments:

  1. Awak ada jual novel ni ker? Blh email sy x?
    norazizahriduwan@gmail.com

    ReplyDelete
  2. cliche... but demi fattzura i'll give a try haha

    ReplyDelete