Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Sunday, 17 April 2016

Review novel: Tidak Pernah Sesal - Umie Nadzimah

Tajuk: Tidak Pernah Sesal
Penulis: Umie Nadzimah
Harga: RM26.00
Penerbit: Karyaseni Enterprise.
.
Review berserta spoiler. ;)
.

Aku tidak pernah sesal kerana membeli dan membaca novel ni. ;) Amacam? Intro tu dah menggoda belum? Hihi.

Maka pada hujung Mac, aku ke Terengganu Trade Centre untuk mendapatkan novel-novel Karyaseni terbaru. Beli secara direct dengan KS, dapat diskaun banyak. Gila aku memborong novel pada hari tu. Masa tu, tengok juga novel-novel baru, siapa penulisnya. Ternampak nama kak Umie Nadzimah, aku dah senyum sendiri. Gila kau! Hampir semua novel dia aku baca. Ada 2-3 novel aku belum baca tapi dah miliki. Hahaha.

TPS mengisahkan Azeem yang putus tunang gara-gara bekas tunangnya pergi kahwin dengan Siam dengan lelaki pilihan dia. Dia punyalah sayang dengan Zalia tu, melayan dengan baik, tetapi tetap tidak dapat menggetarkan perasaan Zalia bila bersama dengan Azeem. Jadi, untuk merawat hati yang lara, Azeem menguruskan kilang perabot ayahnya di Taiping. Di sini, dia berjumpa dengan Lia Hana yang wajahnya tak tumpah seperti Zalia. Dia yang masa tu yakin itu Zalia, terus menyapa. Nama panggilan pun, 'Lia'... Lia Hana pun toleh la. Beriya Lia Hana menafikan Azeem tersalah orang. Azeem pula tak puas hati dengan Zalia yang sudah melupakan dia.

Beberapa kali terserempak dan menilik wajah Lia Hana, barulah Azeem yakin itu bukan Zalia, bekas tunangnya. Zalia ada 1 lesung pipit manakala Lia Hana ada  2 lesung pipit. Manis dan cantik. Membuatkan Azeem jatuh cinta sekali lagi. Bermacam cara dia lakukan untuk mendekati Lia Hana. Dari tingkap pejabatnya, dia boleh perhatikan Lia Hana dari jauh. Jadi
.
Pikat punya pikat, layanan yang baik dan perhatian yang Azeem berikan akhirnya berjaya memikat hati Lia Hana. Azeem sanggup merendahkan egonya dan membiasakan diri dengan kehidupan hari-hari Lia Hana. Seorang lelaki anak orang ada-ada, pergi pasar malam pun tak selesa kerana becak dan ramainya orang. Tetapi itulah charming Azeem. ;)
.
Namun kisah cinta mereka yang semudah yang disangka. Ayah Azeem tidak mahu menerima menantu yang tidak sama taraf. (Mereka berdarah Syed-Syarifah) manakala mak Lia Hana pula menentang habis-habisan bila mendapat tahu Azeem berdarah Syed. Mak dia mengharapkan Lia bersatu dengan Naim, abang Lia.

Satu demi satu konflik mula muncul. Lia menjauhkan diri daripada Azeem. Tetapi Azeem ni bukan jenis lelaki yang cepat mengalah. Sehingga ke London dia mencari Lia dan terus melamar Lia di sana. Lia, sebab dah sayang dan cintakan Azeem, terus bersetuju dan meminta Naim datang untuk menjadi wali buatnya. Pada saat inilah segala rahsia yang tersimpan terbongkar. Naim bukanlah abang kandung seperti pada sangkaannya...

As usual, review aku tak kan menceritakan keseluruhan konflik. Cukuplah sekadar aku mengatakan cerita ni happy ending dan seronok dibaca. Bila baca, walaupun Azeem tidaklah semanis Yoo Si Jin dalam memikat Dr. Kang Mo Yeon, watak Azeem tetap berjaya membuai-buai hati aku. Macam aku pula yang dipikat dan bercinta dengan dia. Hahaha. (Maaflah, demam Descendants of The Sun belum kebah lagi) Secara overall, aku puas hati sangat dengan cerita ni. Konflik yang kak Umie ketengahkan walaupun sudah biasa dijumpai, garapan bahasanya tetap kena dengan jiwa aku. 4.5* untuk Tidak Pernah Sesal. ;)

1 comment:

  1. Terimakasih atas review yang manis ini. Sayang awak sebanyak lautan yang membiru... Muah

    ReplyDelete