Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Monday, 14 March 2016

Review novel: Alergi Mamat Romantik - Ezza Mysara


Tajuk: Alergi Mamat Romantik
Penulis: Ezza Mysara
Harga: RM27.00
Penerbit: Karyaseni Enterprise
.
Review berserta spoiler, of course! ^^,
.

AMR -  Sebuah cerita yang santai. Masa baca blurb - aku expect cerita berkisarkan dilema Sara nak pilih Arjuna dengan Bak. Tapi since awal baca memang nampak sangat Bak takkan masuk dalam list. Haha.
.
Kaisara seorang penulis novel. Tetapi dia merahsiakan identiti dia sehinggalah satu hari penerbit meminta dia turun padang untuk promosikan novel dia dan bertemu peminat.
.
Masa tengah majlis tu, tiba-tiba peguam di tempat dia bekerja muncul. Arjuna namanya. Sejak tahu Kaisara penulis novel, terus dia ugut Kaisara untuk pecahkan rahsia dia seorang penulis kalau tak ajar Arjuna menjadi mamat romantik. Kaisara yang memang alergi dengan lelaki romantik ni pening kepalalah. Tapi dia ikutkan je kehendak Arjuna. Tapi aku pelik sikit. Dah memang dia expose diri dia masa promosikan buku tu, kenapa nak takut-takut lagi dikenali? Haha.
.
Kaisara berkawan baik dengan Bakhtiar. Disebabkan terlalu baik dan sering diusik, mereka cuba untuk menjadi lebih daripada itu. Tetapi sedar persahabatan mereka lebih penting, akhirnya mereka memutuskan untuk menjadi kawan baik.
.
Arjuna pula, dalam masa hendak belajar menjadi romantik, dia turut belajar memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Tambahan pula, Arjuna mengaku dah ada girlfriend yang sedang belajar di luar negara. Masa Arjuna pikat Sara, aku berasap je memikirkan dia main kayu tiga. Kaisara akhirnya mengaku dah jatuh cinta pada Arjuna bila kecewa Arjuna memperkenalkan Miasara sebagai aweknya. Dia pun berlakon menggunakan Bakhtiar. Tahu Kaisara cintakan Arjuna, apa lagi... Bakhtiar terus confront Arjuna.
.
Permulaan cerita ni agak menarik. Tapi ada masanya bahasa digunakan agak kasar dan tak selesa 'mendengarnya'. Agak terganggu dengan lawak, 'nak kena kiss?'. Rasa sexual harrassment sungguh dengan usikan macam tu. Ada masanya penat baca scene Arjuna memikat Sara. Sweet overdose. Lepas 1/3 novel, terjawab dah dilema yang tertulis di blurb. ;)
.
Kemunculan watak Kak Nor masa tengah-tengah cerita sebenarnya mengganggu aku. Macam... tiba-tiba je muncul. Kak Nor ni jiran Kaisara. Masa terserempak, Kaisara nampak Kak Nor lebam-lebam. Tapi watak tu habis kat situ je lepas Kaisara dengan Arjuna kahwin. Masa hujung cerita baru watak Kak Nor muncul balik.
.
Berkahwin, bercinta, ujian datang melanda... kisah yang pada aku ringkas dan mudah. Bila lepas 2 tahun berkahwin dan tak ada anak, penulis membawa pembaca menyelami perasaan wanita yang merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain. Poligami? No... no... no. Takde madu-madu dalam cerita ni. Hehe.
.
Mak Ngah Arjuna sering menyindir Kaisara bila berjumpa. Melalui Miasara, barulah Kaisara tahu Mak Ngah nak menjodohkan anaknya Intan dengan Arjuna. Tetapi Arjuna tak nak. Bila rendah diri dengan kemampuan diri - tak dapat bagi anak, terpaksa mengharapkan suami sebab tak dapat buat kerja rumah dek kerana sakit carpal tunel syndrome, itu yang Kaisara suruh Arjuna kahwin lain.
.
Sekali tengah stress tu, Kaisara keguguran sebab nak selamatkan orang daripada kena langgar kereta. Kesian... dahlah tak tahu tengah mengandung, berharap sangat nak anak, sekali gugur. Mujurlah Arjuna sangat supportive.
.
Suka part Kaisara menggunakan ayat-ayat suaminya yang romantis tu dalam novel. Kelakar rasanya. Part suami dia beri antibiotik bila Kaisara alergi dengan keromantisan suaminya. Sweet.
.
Kaisara akhirnya mengandung lagi. Sayangnya, kemunculan Kak Nor membawa konflik dalam kehidupan mereka suami isteri. Apa yang berlaku? As usual, aku takkan spoilkan cerita ni sehabisnya. ;)
.
Buku yang tak rugi beli. 3.5 bintang. Good job writer.
.
ps: Nak letgo novel ni dengan harga RM22.00 termasuk pos semenanjung. Berminat, jemput ke IG _cikanne ye. :)

No comments:

Post a Comment