Penulis: Hannah Dhaniyah
Penerbit: Penerbit Karyaseni
Harga: RM25.00
.
Review berserta spoiler. ^^
.
Seperti novel Dia... Bangladesh Mari karya Liz Haliza, novel ketiga karya Hannah Dhaniyah turut terbit pada bulan ini. Jadi, merantaulah aku ke Vfest.my di Stadium Negeri, Terengganu untuk dapatkan novel ni. Hihi.
Kali ini, genre yang dibawa Hannah Dhaniyah tidak lari daripada kisah percintaan. Kalau Suami Aku Ustaz lebih santai dan komedi, Oh, My Prince! cinta fantasi dan kekeluargaan, Bidadari ini lebih bertemakan kekeluargaan juga keagamaan. Mungkin sebab itu Karyaseni labelkan sebagai novel cinta islamik dekat Apps dia. :)
Bidadari mengisahkan Hanis Raihan yang lahir tanpa mengenali ibu dan bapanya. Dia dijadikan anak susuan oleh keluarga kakak angkat arwah uminya. Menurut mak Hanis, umi kandung Hanis dirogol dan meninggal sewaktu melahirkan Hanis. Walaupun anak susuan, Hanis cukup rapat dengan Khairul, abang susuannya, Ikhwan dan Nisa, adik-adiknya. Adik-adiknya langsung tidak tahu latar belakang Hanis secara jelas kerana dirahsiakan oleh mak susuan Hanis untuk menjaga maruah Hanis. Jadi, disebabkan latar belakang yang samar-samar, Hanis jadi rendah diri yang teramat sangat tentang status dirinya.
Hanis berkenalan dengan Aiman sewaktu mereka sama-sama belajar di universiti. Jadi, dia dok pendam-pendam perasaan dia dekat Aiman sehinggalah tamat belajar, masih dia tak dapat melupakan Aiman. Satu hari tu dia pergi kenduri kahwin kawan balik dia kat Ipoh. Masa ni dia jumpa balik Aiman selepas beberapa tahun tamat belajar. Tak sangka rupa-rupanya pertemuan itu menjadi titik permulaan perhubungan Hanis dan Aiman. Dengan bantuan Atiqah, kawan baik Hanis, Aiman merisik Hanis untuk dijadikan isteri. Tak sangka rupa-rupanya, Aiman pun menyimpan rasa yang sama dekat Hanis. Mungkin selama ni menunggu masa yang sesuai untuk sampaikan hajatnya.
Hanis terima. Tapi dia lupa hendak memberitahu Aiman tentang latar belakang dirinya. Dalam dia dok kalut memikirkan penerimaan Aiman, Khairul yang menjadi pemberi semangat dan penasihat untuk Hanis. Khairul memang sayang gila dekat Hanis. Masa kenduri Atiqah dekat Ipoh pun dia sanggup ke sana untuk temankan Hanis balik ke Kulai selepas majlis. Sayangnya Khairul dekat Hanis ni, sampai pilih calon isteri yang boleh masuk dengan Hanis sebab kata Khairul mereka bakal jadi satu keluarga. Jadi, Khairul pun pilih Nik untuk dijadikan isteri selepas berkenalan dengan Nik kat majlis Atiqah.
Berbalik kepada Hanis, masa pertunangan dia dengan Aiman, barulah dia tahu yang bos dia, Syahmi menyimpan perasaan dekat dia. Syahmi ni orangnya serius. Tak pernah pun tunjukkan yang dia suka Hanis. Tapi satu hari tiba-tiba dia datang ke rumah keluarga Hanis kat Kulai. Masa tu, mak ayah Hanis dah bising sebab mereka boleh baca yang Syahmi sebenarnya ada hati dengan Hanis. Akhirnya Hanis memberitahu tentang pertunangannya dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Tetapi, melihatkan wajah Syahmi yang tak berperasaan, Hanis yakin Syahmi tak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya.
Dalam pada masa yang sama, Hanis menjelaskan kepada Aiman tentang asal-usul dirinya. Aiman terima tanpa syarat. Mereka meneruskan rancangan mereka seperti yang dijanjikan. Mereka akhirnya dinikahkan. Tetapi, semasa majlis pernikahan mereka, Encik Syahmi langsung tak menunjukkan muka. Sekadar mengirim hadiah melalui kawan baiknya.
Masa berlalu, hubungan Hanis dengan Aiman semakin erat. Masam manis perkahwinan semuanya ada. Berita kehamilan Hanis menambahkan seri dalam hubungan pasangan itu. Hanis akhirnya berhenti kerja dan tinggal bersama Aiman di Ipoh. Tetapi, panas yang disangka sampai ke petang itu tak kekal. Hujan gerimis, ribut petir muncul menyebabkan hidup Hanis berubah 100%.
Sebuah kisah yang banyak mesej yang ingin disampaikan secara tidak langsung oleh Hannah Dhaniyah. Bergantung bagaimana cara pembaca interpret kisah ni. ^_^
No comments:
Post a Comment