Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Monday, 1 February 2016

Review novel - Dia... Bangladesh Mari? - Liz Haliza

Tajuk: Dia... Bangladesh Mari?
Penulis: Liz Haliza
Penerbit: Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00

Review berserta spoiler. ^^



Aku suka baca novel yang membuatkan aku membuak-buak untuk menulis review. Kena pula kerja di ofis tengah sedikit, jadi aku ambil kesempatan menulis review novel yang baru saja aku tamatkan pembacaan tengahari tadi. Hihi.

Novel kali ni aku beli sewaktu berkunjung ke Vfest.my di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Memandangkan Karyaseni buka booth di sana, sajalah berjalan sementara tak ada apa nak dibuat dirumah. Ok, terbanyak merepek pula tentang hal hidup aku, ya?

Selain karya terbaru Hannah Dhaniyah - Bidadari (yang akan aku review kemudian), aku tertarik dengan tajuk novel ni sewaktu Karyaseni keluarkan gambar cover berserta sinopsis di FB mereka. Baca blurb je buat aku nak beli. Lama juga aku berbolak-balik hendak ambil atau tidak, akhirnya aku beli jugalah novel ketiga penulis Liz Haliza ni. Novel pertama dan kedua beliau aku tak pernah baca. Jadi tak tahu cara penulisan beliau macam mana.

Mula membaca semalam. Novel yang hanya setebal 490+ muka surat ni memang kena gila dengan jiwa aku. Baca bab demi bab ada masanya aku ketawa seorang diri.

Novel ini berkisarkan Ailis yang pernah membantu seorang lelaki yang kurus kering yang dia gelar mamat tulang. Meskipun setahun berlalu, Ailis tetap tidak dapat melupakan lelaki itu. Jatuh cinta? Tidak. Tetapi dia teringat-ingat pandangan lelaki itu sewaktu dibawa naik ke dalam ambulans.

Ailis berkawan baik dengan Mazuin. Satu hari ni dia mengikut Mazuin membasuh kereta dekat satu tempat carwash yang guna mesin tu. (Payah benor aku nak explain). Jadi tengah menunggu pekerja bangla membersihkan kereta Mazuin dan wax tayar, Ailis terpandangkan seorang lelaki yang mirip benar dengan mamat tulang. Spontan Ailis bertanya, adakah lelaki itu mamat tulang yang dia tolong. Lelaki itu senyap dan air muka dia berubah. Ailis serba salah. Kali kedua dia pergi ke carwash tu, dia meminta maaf. Sekali selidik punya selidik, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Ismail, Bangladesh mari. Hahahahha

Tak berpuas hati dengan jawapan Ismail, Ailis memulakan misi untuk mengenali lelaki itu. Lawak gila sebab misi-misi Ailis ni tak pernah terlintas kat fikiran aku. Simple je misi Ailis. Tengok Ismail ada BCG ke tidak di bahu dia. Itu pun sebab Ailis tak puas hati bila terserempak dengan Ismail kecek kelate dengan kawan-kawan dia di restoran. Sepanjang baca novel ni, aku boleh bayangkan Remy Ishak bawa watak Ismail kalau novel ni diadaptasi. Hahaha!

Pada waktu Ailis menjalankan misi dia, ada jiran baru berpindah ke rumah sebelah rumah mama Ailis. Kak Cah dan adiknya, Kak Nin yang terlantar sakit kerana eksiden. Jadi Kak Cahlah yang melayan Kak Nin serba-serbi. Ailis pula rajin berbual dengan Kak Nin walaupun gadis itu terlantar kaku. Kata doktor, Nin mendengar walaupun dalam keadaan begitu. Tetapi, bila Ailis menceritakan kisah dia dengan Ismail, reaksi yang Nin berikan berbeza sekali. Kenapa ya? Jeng jeng jeng!

Kembali kepada kisah Ailis dan Ismail, dek kerana satu peristiwa, terkantoilah Ismail bukan Bangladesh mari. Ailis pada waktu itu mula menjaukan diri kerana menyangka Ismail sengaja menipu dan mempermainkan dia kerana tak nak diganggu Ailis. Bila Ailis menjauh, Ismail pula yang dalam kerinduan. Cepat-cepat Ismail memyuarakan isi hati untuk menjadikan Ailis isteri dia kerana tak mahu kehilangan insan buat kali kedua.

Mereka bertunang. Pada saat ini bermulalah konflik di antara Ailis, Ismail dan.. Kak Cah. Konflik yang merenggut kebahagiaan Ailis. Siapa Kak Cah dan Kak Nin sebenarnya? Macam mana keadaan mamat tulang sebenarnya? Hah... itu kena baca novel ini. ;)

Happy ending for sure. Cerita yang serius best, kena baca. 4 bintang saya bagi. Tahniah kak Liz Haliza! Nak kena cari novel pertama dan kedua beliau ni. ^_^

No comments:

Post a Comment