Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 21 January 2016

Review novel: Cinta Yang Tak Terungkap - Puteri Nor

Tajuk: Cinta Yang Tak Terungkap
Penulis: Puteri Nor
Penerbit: Karyaseni
Harga: RM35.00

Review berserta spoiler. ^^




It has been a while aku baca novel yang tebal. Dan sejujurnya, kalau aku boleh memilih, aku takkan beli novel-novel yang tebal ni sebab..

1. Aku takut jalan ceritanya meleret dan membuatkan fokus aku hilang.
2. Aku takut ceritanya tak best dan aku beli for nothing. Haha.

Kali terakhir aku baca novel tebal, taubat aku tak nak baca lagi. Sebabnya, aku tak dapat menjiwai novel tu. Sekurang-kurangnya kalau nipis, tak terasa sangat kekecewaan dia. Jadi, masa novel ni keluar di pasaran, as usual Karyaseni akan jual secara kombo. Malas nak fikir panjang, aku beli set kombo tu dan dapatlah novel ni.

Agak lama aku ambil masa untuk baca. Baca bab pertama, berhenti. Masuk bab kedua, aku tutup buku. Dan baru beberapa bab awal, aku terpaksa letak tepi sebab jiwa nak membaca novel tu tak ada. Sehinggalah tiba satu hari tu, aku baca novel nipis yang santai, barulah jiwa membaca tu datang. Lalu aku membuka kembali novel CYTT. Mujurlah aku buat keputusan yang tepat. Membaca novel tebal dengan jiwa jauh lebih seronok. Dalam 2 hari aku berjaya tamatkan pembacaan. Yeay!

CYTT mengisahkan 3 watak utama, Sofie, Ajmal dan Emry... juga beberapa watak sampingan yang almost menjadi watak utama seperti Iqbal.

Permulaan cerita, kita diperkenalkan dengan watak Sofie dan Iqbal juga sejarah mereka. Mereka berkawan sejak zaman sekolah. Rupa-rupanya mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Tetapi disebabkan Sofie hendak fokus dengan pelajaran, mereka sekadar berutus surat. Bila fikir balik, sweet sebenarnya kenangan mereka ni. Cuma tindakan Iqbal bercinta dengan wanita lain menyebabkan Sofie kecewa. Dia sangka Iqbal boleh menunggu, tetapi ternyata Iqbal tidak. Dia bercinta pun dengan wanita yang mempunyai nama dekat-dekat dengan nama Sofie.

Konflik mula muncul apabila keluarga Sofie ingin menyatukan Sofie dengan sepupunya. Alasan ibu Sofie - agar ada seseorang dapat mewarisi perniagaan ayahnya. Sofie yang belajar dalam bidang biologi, sukar untuk mewarisi perniagaan berasaskan engineering.

Sofie merajuk dan membawa diri ke luar negara. Di sana, dia berkenalan dengan Emry, salah seorang postgraduate yang juga membuat research di universiti Sofie.

Dalam pada masa yang sama, kita diperkenalkan dengan watak Ajmal, seorang jurutera juga askar simpanan. Watak Ajmal digambarkan sebagai seorang yang tegas tetapi lembut, bergantung dengan siapa dia deal.

Di England, Sofie juga berjumpa dengan Ajmal yang digelar Mr. Barbarian. Mana taknya, pertemuan pertama lagi Ajmal dah bagi impression yang tak best pada Sofie.

Hubungan Sofie dengan Emry pula bertambah rapat bila banyak bekerja sekali. Sedikit sebanyak, kehadiran Sofie membuka pintu hati Emry terhadap perempuan selepas dikecewakan dengan tindakan ibunya yang meninggalkan dia adik beradik bersama ayahnya untuk lelaki lain. Sofie pula sering mengelak daripada Emry kerana masih kecewa dengan Iqbal. Ajmal pula sudah mula menjeling-jeling Sofie dari jauh. Tapi disebabkan tak pandai nak beromantika de amour, jadi bila dengan Sofie ada je mereka bertegang urat. Kalau dengan Emry Sofie mengelak, dengan Ajmal pula Sofie lari terus.

Sepanjang berada di sana, banyak insiden yang berlaku dan menarik. Jujur cakap, aku suka background cerita ni. Terasa seperti aku pun berada di setiap latar tempat yang diceritakan. Paling suka sewaktu mereka mengumpul kupang di mussel bed. Teringin nak tengok tempatnya macam mana.

Latar sosial yang digambarkan juga aku suka. Suasana orang-orang yang terpelajar tetapi juga boleh tersasar dari landasan hidup. Mila dengan kerenahnya, Emry dengan perasaannya. Gaya bahasanya pun sedap dibaca.

Konflik cerita ni sentiasa ada. Kemunculan Iqbal yang menginginkan Sofie kembali, Emry dengan perasaannya yang mendalam terhadap Sofie, Ajmal pula yang dikenenkan dengan Mila yang annoying. Ergh! Tetapi konflik terbesar yang menjadi klimaks cerita ini adalah... jeng jeng jeng!

Cinta Yang Tak Terungkap, tajuk yang sesuai dengan setiap watak cerita ni. Cinta Sofie yang tak terungkap buat Iqbal sewaktu ketika dahulu, cinta Emry buat Sofie yang tak terungkap kerana Sofie tak memberi peluang dan juga cinta Ajmal yang tak terungkap buat Sofie walaupun dia sedar dia mula menyukai gadis itu.

Cerita yang worth to buy. 4 bintang buat CYTT. ^^

No comments:

Post a Comment