Tajuk: Cik Calla Lilily dan Encik Bos
Penulis: Airisz
Penerbit: Karyaseni
Harga: RM21.00
As usual, review ini mempunyai spoiler. ^^
Lama aku tak menulis review. Sepanjang entry terakhir aku post di sini, adalah 3-4 buah novel yang aku baca cuma masih dalam draft. Tetapi, selepas menikmati novel terbaru air tangan Airisz, aku tak boleh tahan diri. aku nak update juga blog ini dengan review novel Cik Calla Lily dan Encik Bos (selepas ini akan dipanggil CCLEB)
Trademark Airisz untuk tajuk-tajuk novelnya adalah dengan menggunakan Cik dan Encik bagi menggambarkan watak hero dan heroinnya. Novel ni, aku jatuh cinta untuk beli sebab cover dia yang cantik. Hahaha. Mujurlah penulis dia pun dah ada 2 novel, dan satu daripadanya aku dah baca (Cik Bunga dan Encik Sombong), jadi istilah 'don't judge a book by its cover' tak bertepatan dengan situasi aku kali ni.
Novel ni nipis. Serius. Memang sesuai dengan jiwa aku yang suka membaca novel-novel yang nipis. Jalan ceritanya santai, bahasanya selamba. Memang relaks habis masa baca novel ni. Tak payah pening kepala.
Permulaan cerita, kita diperkenalkan dengan watak Cik Calla Lily atau nama sebenarnya Chinta Adara a.k.a. Cik Ta. Berumur belum lanjut sangat. Baru 26 tahun, tapi mak dia dah bising nak suruh berlaki. Cik Ta pula memang pantang betul dengan duda. Kalau nak berlaki pun, biar lelaki itu single tidak pernah beristeri.
Cik Ta mengikut rombongan pejabatnya ke Janda Baik. Rombongan teambuilding sebenarnya, bergabung dengan beberapa buah cawangan syarikat di tempat lain. Cik Ta tak ada hati pun dengan program teambuilding ni, ditambah pula nama kumpulan yang penganjur guna mencucuk kesabaran Cik Ta, apa lagi... bising mulut Cik Ta membantah penggunaan nama kumpulan 'Anak Dara Tua'.
Masa di teambuilding ni, ada saja insiden pergeseran antara Cik Ta dengan seorang lelaki misteri ni. Bekerja di bawah syarikat yang sama, tetapi berbeza cawangan. Nama lelaki itu pun Cik Ta tak tahu. Tapi dah selalu sangat bergeser, kehadiran lelaki itu memberi kesan juga pada Cik Ta. Sempat Cik Ta mencuri Calla Lily di resort itu sebelum program tamat.
Demi tidak mahu melihat anaknya menjadi andartu, mak Cik Ta sibuk mengenenkan Cik Ta dengan anak lelaki kawan baiknya. Pertemuan pertama Cik Ta dengan Fahrain berlangsung dalam suasana yang dingin sekali. Bukannya apa, Fahrain yang langsung tidak memandang dan membuka mulut. Manalah Cik Ta tak bising nak disatukan. Tiba-tiba saja Fahrain setuju untuk menikah dengan Cik Ta.
CCLEB juga diserikan dengan kisah Cik Ta dengan rakan-rakan sekerja. Geli hati dengan perangai masing-masing yang suka bergosip. Baik lelaki mahupun perenpuan. Gosip tentang bos berkahwin dua, skandal dengan pekerja bawahan, gosip pekerja perempuan goda bos dan jadi isteri kedua. Macam-macamlah. Dan circle Cik Ta yang seramai 5 orang (termasuk Cik Ta), hanya seorang saja yang sudah berkahwin. Yang lain masih single.
Balik daripada program teambuilding, Cik Ta kerap mendapat bunga Calla Lily. Sakanlah rakan-rakan Cik Ta bergosip. Cik Ta ada peminat. Namun bila dia nak kejar pengirim bunga, pasti tak sempat. Receptionist, Intan pun tak membantu. Akhirnya Cik Ta pasrah. Dia membebel pada Lokman yang selalu tolong berikan bunga. Lelaki itu sudah terlambat sebab Cik Ta dah nak berkahwin.
Fahrain meminta pernikahan mereka dipercepatkan. Cik Ta walaupun mulanya menolak, akhirnya menerima Fahrain tanpa syarat selepas dipujuk oleh ayah dan maknya. Seminggu sebelum nikah, Fahrain membuka rahsia yang selama ini dia simpan. Fahrain seorang duda! Jeng... jeng... jeng!
Pernikahan mereka tetap berlangsung walaupun Cik Ta kecewa. Selepas menjadi suami isteri, barulah Fahrain menceritakan perkara sebenar. Bagaimana dia menjadi duda. Duda berhias, kata Fahrain.
Mereka mula bercinta selepas berkahwin. Lepas kahwin barulah Cik Ta tahu Fahrain merupakan pengurus besar syarikat mereka. Fahrain pula pandai, minta tukar ke cawangan Cik Ta bekerja untuk dekat dengan Cik Ta. Cik Ta pula minta Fahrain merahsiakan hubungan mereka. Kawan-kawan Cik Ta pula memang tak kenal siapa suami Cik Ta sebab masing-masing tak dapat hadir masa Cik Ta kahwin. Lalu banyaklah insiden yang mencuit hati di pejabat. Kena pula pengurus besar hot dan handsome. Kikiki.
Ada lagi yang aku tak share dalam review kali ni. Banyak rahsia Fahrain yang masih aku simpan. Kekeke. Anda yang membaca review ini dan berdolak-dalik sama ada hendak membeli ataupun tidak novel ini, anda patut beli. Memang best! Aku bagi 4 bintang. Woot woot!
Baca riviewnya pon dah best...salam kenal ya
ReplyDeleteakk mmg follow novelis airisz.. mula dr en bunga en sombong, yg ke2 cik blur en ikhlas n cinderella n en tengku... hmm yg paling best n kelakar EBES yg pertama... nampaknya kena beli ni.. ;p
ReplyDeletemcm mana saya nak dapatkan novel ni???
ReplyDeleteSapa Ada jual novel cik calla lily dan Encik boss tolong pm
ReplyDeleteMemang best novel ni..senyum sampai ke telinga time baca novel ni
ReplyDelete