Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Thursday, 1 October 2015

Review novel: Awak Ilham Saya - Tini Hardanisyah

Tajuk: Awak Ilham Saya
Penulis: Tini Hardanisyah
Harga: RM 33.00
Penerbit: Penulisan2u
.
Review ini mempunyai spoiler.
.

Ternyata novel tebal bukanlah pilihan aku. Tapi novel nipis pun aku masih belum sempat nak baca. Rasanya masa yang ada terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan perkara-perkara yang aku nak/kena buat.
.
Aku beli novel ni sebab terpengaruh dengan kombo Karyaseni - Penulisan2u. Beli 4 novel dapat harga yang murah dan free poslaju. Cuma yang menjadi masalah, belum tentu keempat-empat novel yang kita beli tu masuk dengan selera kita.
.
Untuk novel AIS ni, aku rasa lama sangat untuk aku habiskan. Akhirnya aku berjaya habiskan bila ada seorang rakan pembaca novel berminat nak beli novel ni. Laju aku menamatkan pembacaan aku sebab tak let go.
.
Kembali kepada review novel, Amaani berkawan baik dengan Nicholas sewaktu di sekolah menengah. Nicholas menjadi tutor Englishnya manakala Amaani menjadi guru Bahasa buat Nicholas. Hubungan mereka akhirnya membibitkan rasa sayang/cinta. Aku pun konfius antara dua ni. Hehehe. Namun sebaik saja tamat peperiksaan, Nicholas menghilang tanpa sempat Amaani mengucapkan selamat tinggal.
.
Tahun demi tahun berlalu, Amaani kini bekerja di sebuah syarikat milik keluarga Taufik. Tipikal novel melayu, semestinya hero kita ni anak orang kaya. Hiks. Cuma, aku tak tahu kenapa watak Taufik tak memberi kesan pada diri aku. Sebab tu aku kurang menghayati cerita ni.
.
Masa di universiti, sebenarnya mereka pernah berjumpa sekali di kedai makan/kafe/kantin. Amaani larut dalam dunianya manakala kawan Amaani yang ramah menegur Taufik dan kawan Taufik. Pertemuan pertama itu lagi sudah membuatkan Taufik jatuh hati.
.
Sebagai bos dan pekerja, hubungan mereka agak baik. Amaani secara tidak langsung telah berkenalan dengan nenek Taufik yang menjadi penyebab hubungan mereka melangkah ke anak tangga satu lagi. Nenek Taufik memang berkenan benar dengan Amaani. Tahu Taufik juga sukakan Amaani, lalu nenek Taufik melamar Amaani untuk menjadi cucu menantunya.
.
Keluarga Amaani dan keluarga Taufik menyambut baik keputusan mereka untuk bertunang. Cuma Amaani yang masih mengenang cinta pertama dia, susah untuk dia menerima Taufik walaupun Taufik baik melayan dia.
.
Penat. Penat dengan penceritaan yang terlalu details seperti novel ni. Entahlah, tak tahu kenapa aku tak terasa enjoy dengan moments antara Taufik dan Amaani. Rasa sangat dull. Tapi aku cuba juga membaca sampai habis.
.
Kemunculan watak ayah dan mak saudara Taufik merubah rentak cerita ni. Sepupu Taufik, aku tak ingat nama dia cuba memikat Taufik walaupun tahu Taufik sudah bertunang dengan Amaani. Amaani, memang hatinya tiada pada Taufik, dia pun tak adalah fight Taufik untuk dirinya.
.
Satu peristiwa hitam yang berlaku antara Taufik dan adik sepupu dia menyebabkan hubungan mereka hampir putus. Namun Amaani percaya dan yakin dengan Taufik, hubungan mereka beerjaya diselamatkan. Aku suka trust Amaani pada Taufik. Bukan sebarang trust.
.
Dugaan muncul kembali bila Taufik yang berada jauh daripada Amaani menerima gambar-gambar Amaani bersama Nicholas. Taufik mula berprasangka bukan-bukan. Amaani yang tertekan pula mula berkata yang bukan-bukan (walaupun pada masa tu dia sudah mula sayangkan Taufik) hingga menyebabkan Taufik mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka kerana menyangka Amaani masih mencintai Nicholas.
.
Nicholas pula sudah memeluk agama Islam. Di hujung novel barulah diceritakan kenapa Nicholas meninggalkan Amaani tanpa sebarang pesan. Nicholas cuba mengambil hati Amaani kembali namun Amaani menolak dengan baik. DIa setia menunggu Taufik untuk menjernihkan kembali apa yang berlaku. Nicholas menjadi anak angkat ibu bapa Amaani untuk mempelajari Islam.
.
Akhirnya? Boleh jangkalah kan. Hahaha. Aku tulis cerita ni macam 400ms je. Walhal... tapi apa-apa pun aku ucapkan tahniah buat penulis untuk karya pertama beliau. CUma seperti yang aku cakapkan tadi, novel tebal memang bukan pilihan aku. Berapa bintang ya aku patut bagi? Hrm...

No comments:

Post a Comment