Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Friday, 14 August 2015

Review novel: Rindu Kasih Madinah - Nueen

Tajuk: Rindu Kasih Madinah
Penulis: Nueen (Juga penulis novel Teduhan Kasih yang diadaptasi ke drama)
Harga: RM30.00 (poslaju RM37.00)
Penerbit: Teratak Kasih
.
Lama rasanya tak review novel. Aku sendiri tak ingat novel apa novel terakhir aku baca. Lepas tu aku cuba baca sebuah novel yang tebalnya 800++ muka surat. Ternyata novel tebal bukanlah pilihan aku. Ok, berbalik kepada tajuk.... review ini mempunyai spoiler. Ahaks!
.

Wardah, anak bongsu daripada dua beradik. Kakaknya Hajar seorang yang disayangi oleh maknya. Kalau nak dibandingkan dengan Hajar, Wardah seorang yang sederhana. Rupa yang sederhana. Pelajarannya pun sederhana.
.
Entah kenapa, Hajar cukup tak suka dengan Wardah. Tak boleh tengok Wardah gembira dan ada saja cara dia untuk mengenakan Wardah. Pada Hajar, setiap kali melihat kesengsaraan Wardah, hatinya puas.
.
Disekolah, Wardah sering diusik oleh rakan sekelasnya, Ahmad Zikri. Mereka berdua tidaklah hebat sangat dalam pelajaran. Kalau tak Zikri, Wardahlah yang dapat tempat terakhir dan sebaliknya. Zikri suka mengusik Wardah. Sikapnya itu menyebabkan Wardah menyampah. Lagi-lagi bila tertangkap sedang dikejar Zikri oleh kakaknya, Hajar. Teruk Wardah kena belasah dengan ayahnya.
.
Tak cukup dengan itu, Hajar menulis surat cinta yang kononnya daripada Zikri lalu diselitkan ke dalam buku teks Wardah. Bila tiba dirumah, dia melaporkan kepada mak dan ayahnya yang dia terjumpa surat tu di dalam beg Wardah. Teruk Wardah dibelasah ayahnya dan Wardah mengambil tindakan nekad untuk bersemuka dengan Zikri. Disebabkan perangai sengal Zikri, Wardah langsung tak mempercayai kata-kata Zikri walaupun Zikri menafikan surat itu daripada dia.
.
Zikri bercuti seminggu kerana demam campak. Dalam pada masa yang sama, keluarga Wardah berpindah daripada Terengganu ke Selangor. Zikri yang terkejut dengan berita perpindahan Wardah sebaik saja naik ke sekolah terus bertindak nekad untuk masuk ke sekolah tahfiz dan belajar menjadi manusia.
.
Masa berlalu.... Wardah kini sudah berjaya menjadi seorang jururawat. Dia menyulam kasih dengan Razman. Bersedia untuk berumah tangga, Wardah memberanikan diri untuk membawa Razman berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.
.
Beberapa hari sebelum itu, Razman yang baru melapor diri sebagai ketua di syarikat tempat Hajar bekerja. Pertemuan pertama antara Razman dan Hajar telah menimbulkan perasaan lain dalam hati Hajar. Dia nekad untuk menjadikan Razman miliknya walaupun.... dia tak sedar diri dengan dirinya yang kekurangan serba-serbi.
.
Kehadiran Razman di rumah Wardah/Hajar memberi kejutan besar pada Hajar. Tahu Razman bakal menjadi adik iparnya, dia merayu kepada maknya agar menasihati Wardah untuk meninggalkan Razman. Mulanya mak dia tak berapa setuju. Tetapi sedih melihatkan Hajar, dia mengajar Hajar untuk memerangkap Razman.
.
Razman terperangkap. Kerana tak mahu aibnya tersebar, dia mengambil keputusan untuk mengahwini Hajar. Pada Wardah, dia tak ceritakan apa-apa. Wardah yang pelik dengan sikap Razman cuba untuk bersikap positif. Namun, dia dikecewakan apabila melihat Razman melafazkan akad sewaktu dia pulang ke kampung. Sudahlah perkahwinan Hajar pun dia tak tahu. Wardah semakin berjauh hati.
.
Sikap Hajar yang sering menyakitkan hati dan mengugut Wardah menyebabkan Wardah semakin berjauh hati. Dia kecewa apabila maknya sendiri meminta dia melupakan Razman. Wardah akhirnya menerima tawaran kerja di Arab Saudi untuk memujuk diri.
.
Tiba di sana, Ahmad Zikri ternampakkan kelibat Wardah di pintu Masjid Nabawi. Takut tersilap, dia hanya mampu terus berdoa untuk Wardah. Setianya Ahmad Zikri dengan cintanya, sehingga setiap kali berdoa, dia tidak pernah melupakan bahagian Wardah.
.
Ahmad Zikri yang bekerja sebagai muwatif sambilan akhirnya bertentang mata dengan Wardah di hospital apabila ada jemaahnya yang pengsan dan dihantar ke sana. Petang jumpa, malam dia terus melamar Wardah menjadi isterinya tanpa bertangguh lagi. Wardah setuju.
.
Kiriman e-mel daripada Razman membuka kembali rahsia yang selama ini dia simpan sendiri. Wardah kecewa. Sepatutnya Razman memberitahu lebih awal agar dia dapat bersama-sama Razman dalam menghadapi musibah itu. Wardah kecewa dengan Hajar. Kecewanya semakin dalam apabila tahu maknya turut bersubahat dengan Hajar. Wardah kembali ke Malaysia. Ada sesuatu yang dia harus lakukan untuk Razman.
.
Apa yang terjadi akhirnya? Hahahaha.... happy ending for sure! Razman atau Zikri? Kena baca novel ni. Novel limited edition! Nak beli boleh private message Facebook page Teratak Kasih. Sebuah kisah yang sangat menyentuh emosi. Walaupun tak boleh terima dengan tindakan mak Wardah yang bersubahat dengan Hajar, tapi aku tahu.... sikap pilih kasih dalam kalangan anak-anak memang wujud. :(
.
Kesian dengan Wardah yang sejak kecil dibuli oleh Hajar. Kesian dengan Razman yang menjadi mangsa Hajar. Sebab aku boleh baca novel ni dalam masa 1 hari, aku nak bagi 5 bintang! Ahaks! ;)

4 comments:

  1. terima kasih untuk review yang penuh detail. terima kasih kerana boleh terima RKM. terus menyokong karya akak ya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Buku ni masih ada ke? Sudi tak klu sy nk sewa sbb teringin nk baca. Boleh whatsapp sy ye +60182608377 TQ

    ReplyDelete
  3. Salam. Ada lg ke novel ni? Kalau available boleh email sy ismailctfabilah@yahoo.com Sy berminat utk beli

    ReplyDelete