Novel untuk dijual:

LAWATI IGSHOP SAYA untuk novel-novel yang saya nak jual. Rak dah penuhlah kawan-kawan. :( Harga boleh kautim lagi untuk pembaca blog saya. Apa-apa WhatsApp ya! :)


Instagram

Monday 13 January 2014

Clavicle fracture a.k.a. patah tulang bahu

Bismillah.
Ok, buat mereka yang baru kali pertama kepatahan tulang bahu atau selalunya doktor-doktor panggil clavicle fracture, mesti ada perasaan gelabah dan risau gila bagi yang first timer. Macam akulah masa eksiden hari tu. Sakitnya tak payah cakaplah. Lepas je jatuh terus tak boleh nak bergerak walaupun seinci. Sakit gila! Ingatkan terkehel ke apa sebab sakit kat bahagian bahu. Rupa-rupanya patah. Sobs sobs.
Tepat umur masuk 22 tahun itulah kali pertama aku naik ambulans dan lepas tu kena ulang alik ke hospital. Syukur alhamdulillah masa eksiden tu, ramaaaiiii sangat yang membantu walaupun lelaki. Aku masih boleh bercakap dan berfikir lagi masa tu. Alhamdulillah. Ingat lagi diorang akan minta maaf bila terpaksa pegang dan angkat aku sebab aku memang tak boleh bergerak langsung.
Bila pergi Hospital Sultanah Aminah (HSA) lama jugaklah menunggu. Aku kena masuk emergency. Bila tengok aku normal dan siuman, diorang turunkan gred aku daripada yellow ke hijau. Bila masuk bahagian hijau yang sakit tu. Lama gila nak menunggu sebab masa dekat yellow, diorang sikit pun tak bagi aku pain killer. T.T
Bila kat hijau tu, kenalah tunggu nombor dipanggil apa semua. Malas nak cerita panjang-panjang, aku kena buat x-ray. Bila doktor tengok, oh, ok. Patah. Dia kata tak perlu buat operation sebab patahnya selisih sikit sangat. Cuma perlu pakai anduh 24/7. Masa tu sakit dah kurang sebab dah dapat pain killer yang kuat punya. Next appointment 2 minggu lagi.
Sepanjang 2 minggu tu, derita jugaklah. Tidur sakit. Bangun sakit. Lastly abang belikan kerusi malas. Tidurlah depan TV selama dekat sebulan. Doktor ada bekalkan pain killer. Tapi aku tak berapa ambil sangat. Bila dah sakit sangat baru makan. Masa tu berharaplah tulang baru tumbuh bagi cantumkan balik dua tulang yang dah selisih tu. X-ray tu aku tak ambil gambar pulak sebab tak terfikir.
2 minggu berlalu, aku pun pergilah balik HSA untuk check up. Lepas x-ray masuk bilik doktor. Masa tu tengok filem x-ray dah tak sedap hati dah sebab selisih dia makain menjauh. Risau sangat kena operation. Abah pula tak galakkan kena masuk besi. Kalau boleh elak, elaklah... kata dia.
Alhamdulillah rupanya doktor yang aku dapat tu, doktor pakar ortopedik. Sekali tengok filem x-ray tu dia dah cakap. Macam jauh je ni. Lepas tu ayat dia yang paling buat aku nak nangis. “So, macam mana? Nak operate?” Lama aku dengan mak aku terdiam. Akhirnya Dr Shamsudin tu bagi aku tempoh lagi 2 minggu untuk tengok macam mana dan fikir. Masa tu dia tanya, tak pakai anduh ke? Pakai tapi entahlah... sebelum balik, dia suggest pakai clavicle support untuk sokong tulang bahu daripada bergerak.
Dua minggu berlalu lagi. 28 hari lepas aku eksiden. Pergi hospital, buat x-ray dan jumpa Dr Shamsudin lagi. Alhamdulillah, berita baik jugalah bila doktor cakap ada tulang tengah tumbuh. Tapi peratus untuk sembuh tu sikit dan makan masa. Aku memang terus cakap tak nak operate lah kalau boleh. Dia bagi tempoh sebulan untuk next appointment. Masa tu dah kurang risau pasal intern. Aku pun dah mula pergi kerja balik.

Cukup sebulan, pergi lagi x-ray.­ Kali ni Dr Shamsudin kata dah tak perlu rawatan lagi. Cuma teruskan ambil kalsium dan vitamin D macam selalu. Clavicle support yang aku pakai dah boleh kurangkan pemakaian dia. Sakit gila belakang masa pakai benda tu sebab dia menolak bahu kebelakang dan rasa macam tangan tak terbeban pada tulang bahu, tapi beban tu pergi ke belakang. Selalu minta mak urutkan kalau dah tak tahan sangat. Tapi sekarang memang dah kurang sangat pakai. 
X-ray selepas dua bulan.

Approximately tempat tulang baru tumbuh.

            Miracle sangat kan bila ‘laluan’ tulang yang asal dah beralih, tiba-tiba ada tulang baru boleh tumbuh? Subhanallah... hebatnya kuasa Allah. :’)
Lebih kurang macam ni lah clavicle support yang aku pakai. :)

           Sekarang dah naik sem. So, nak buat apa-apa kena berhati-hati sangat sebab risau tulang tu tak kuat lagi. So far alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu bulan 3 tengok macam mana. Kalau doktor kata dah ok, nak bawa kereta@motor balik U. Patah kaki woh takde kenderaan. Huhu.

63 comments:

  1. Salam sis, sy nak tnya, berapa lama sis ambil untul fully recover sampai tangan dan bahu tu kembali normalnye? Sengal2 dan tulang tu berbunyi2 normal ke? and now ada side effects x means xleh angkat berat ke? Hope sis dpt jwb. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm wbt.
      saya eksiden 31 okt 2013. Bulan feb 2014 saya dah drive kereta. Lebih kurang 4 bulan tak buat kerja berat etc. Even sekarang pun masih berjaga-jaga.
      .
      sengal2 tu masih ada juga kadang2. Bunyi tak pernah pulak walaupun lepas patah tu. Side efek, ada masa rasa sengal kat tempat patah walaupun dah setahun lebih eksiden. :)
      .
      Awak patah tulang bahu jugak ke? Get well soon. ^^

      Delete
    2. Yup, now almost 4 weeks dan doc kata dah okay dan hanya buat fisioterapi, tapi dalam xray tu sy tak nmpk pon mana yg okay sbb tak nampak mana yg bersambung haha cuma sakit tu dah tkde lah, hanya sengal otot je skrg ni.


      Tak berapa confident lak ngan doktor tu yg nak tnya org yg ada experience patah bahu ni. Hehe btw tq answer my question.

      Delete
    3. Awak punya tulang retak ke or patah 2 terus mcm saya? Kalau patah 2 tu lama sikitlah nak tunggu tulang baru tumbuh. And my doctor dulu cakap untuk tulang baru tu kuat sepenuhnya takes 2 years. Kalau awak boleh disiplinkan diri ambil kalsium everyday lagi bagus. Hehehe. :)

      Delete
  2. Sy patah berselisih but tak jauh lari tulangnya, iye ke 2 years? Hmm lmbtnyaa

    but my doc says its takes 3 months to fully recovery, tp taktahu lah hopefully lebih cpt dr 3 months ni pasal dah bosan duduk rumah. Haha

    Now tgn tu boleh angkat ke atas tak?

    Awak amik kalsium yg mne ye boleh share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Saya beli kalsium dekat farmasi. Tak ingat brand apa tapi sekali dengan vitamin D.
      .
      kalau ikut doktor cakap dulu, 2 tahun untuk tulang betul2 kuat. Mcm saya dalam masa 4 bulan dah drive kereta. Manual and takde power strereng lagi. Hehe. Cuma memang tak bagi tangan yang bahu patah angkat berat2 la. Tp yeah, dalam 4 bulan dah ok. ^_^

      Delete
  3. Hehe tq sudi explain experience awak, doctor kata dah okay dah, cuma perlu fisioterapi,

    Hopefully sy dpt recover within 2 months, nak raya ni kena kerja hahaha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. boleh sy tau kt mAna boleh dptkan clavicle support tu ye dan brape harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jika tak keberatan boleh tggalkan phone number? sbb mudah utk sy bertanya jika ada apa2 masalah. maaf.

      Delete
  5. assalamualaikum. boleh sy tau kt mAna boleh dptkan clavicle support tu ye dan brape harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye baru perasan komen awak. saya beli di Pusat Fisioterapi e-Wellness di Tampoi, Johor. awak mungkin boleh cuba cari di pusat fisioterapi yang terdekat dgn tempat awak.

      Delete
  6. Sis,sy bru accident,clavicle fracture jgk,3 hari lps,boleh pm sy x 0146715774

    ReplyDelete
  7. saye bru patah bahu, tgh stress

    ReplyDelete
  8. saye bru patah bahu, tgh stress

    ReplyDelete
  9. baru sembuh dari patah clavicle ni.perit..sy cuma rawatan kampung dari pakar bab2 patah alhamdulillah lepas 2 mggu da boleh drive.cuma xboleh buat krja berat2.nasihat dr pengalaman sy kita cuma iktihar.yg menyembuhkan Allah swt.

    ReplyDelete
  10. salam..selamat menyertai keluarga Patah bahu..saya dah 2 tahun Patah bahu .tulang patah teruk jugak la patah n pecah sampai terpaksa operate.. side effectnya walau pun dah 2 tahun ,tak boleh orang tepuk dan ramas (selalu member2 datang dari belakang pegang bahu n urut2 sambil tanya khabar) rasa macam kena cucuk pisau..n tidor pun dah tak syok x blh lasak 2..rasa mcm kena cucuk/toreh pisau tu biasa la sebab banyak urat saraf dah terpotong masa operated..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. aduhai... teruk juga kesan pada awak ya. :(

      Delete
  11. Salam sy dah sebulan setengah patah clavicle ni dan sy dah tak pakai anduh tu sbb rasa dah okay cuma rasa sengal sengal and masih tak boleh angkat tangan lurus keatas. haritu xray ada tulang baru tumbuh dah tapi masih tak bercantum dan family sy pulak suruh operate.apa pendapat awak ye sbb dah dekat dua bulan ni.tq

    ReplyDelete
  12. Salam saya adi 17 ogos bulan lepas sya accident... hasil xray saya patah bahu kanan... seksa ny ya Allah..
    Doktor kata operate ok x buat operate pun x masalah... cuma makan masa yg lama... so saya pilih tak operate
    Boleh bagi tahu mcammana nak dapatkan clavicle support?? Ni nombor saya 0172302890

    ReplyDelete
  13. Salam saya adi 17 ogos bulan lepas sya accident... hasil xray saya patah bahu kanan... seksa ny ya Allah..
    Doktor kata operate ok x buat operate pun x masalah... cuma makan masa yg lama... so saya pilih tak operate
    Boleh bagi tahu mcammana nak dapatkan clavicle support?? Ni nombor saya 0172302890

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adi. Saya beli di pusat fisioterapi di johor. Mungkin Adi boleh tanya di farmasi/pusat fisioterapi yang berdekatan Adi. Moga cepat sembuh. :)

      Delete
  14. Huhu..seksanya.sy br je pth 3minggu.tgk komen2 korang smgangat pun ada,takut pn ada,tension pn ada.dlm dilema ni,ramai yg surut operate.tp sy sgt takut huhu..leh dah buat group geng pth dkt wasap.leh tnya2 pada kwn2 yg dh sembuh dan yg masih lg br pth

    ReplyDelete
  15. Huhuhu...sya bru sbln patah bahu kiri..rsa sengal tu yg buat x selesa..harap kita smua cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Operate ke herwan?so skrg mcmana brtambah baik ke?

      Delete
  16. Assalamualaikum. Sy danish. Dr skudai. Sy pon br patah coller bone ni. Sbb main rugby kena tackle. Time kena tu kat batu pahat. Ok mula2 tulang saya just retak je masa check kt batu pahat. 2 hari lps tu, gi jumpa pakar kt HSA, xray lagi lps tu tgok dh patah. Masa dh patah tu dctor just saran pkai guide yg kain putih tu (yg hospital bagi). 2 minggu lps tu ada appoinment xray lg tgok tulang makin ternaik dan jauh jaraknya. N then dctor just sarankan bnyk exercise. Tp saya takut bila exercise mkin jauh lagi jaraknya.. so boleh x bg apa2 cara utk dia rapat semula? N nk tnya lps dh pkai clavicle support tu, tgok xray tulang dh rapat ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm danish. GWS ye. Saya pun masa mula2 xray lepas accident tu... tulang nampak retak je. Bila xray balik lepas 2 minggu baru nampak tulang dah jarak. Tapi tak operate sebab tak nak. Saya just makan kalsium je la. Tak de exerise pun sbb tangan memang tak boleh gerak. Sakit mendodoi sebab tak berapa ambil painkiller. :)

      Delete
  17. assalamualaikum, nak tanye kalau collarbone ni patah dah lama dalam setahun lebih still boleh buat rawatan tanpa operation ke? mula2 just ingt lama2 akan okay tapi still mcm ni juga. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...dah setahun lebih tanpa operate..keadaan masih sama yang dimaksudkan tidak pulih ker?

      Delete
  18. Slm.. nk tany sis.. hope dpt jwb persoalan sy ni.. tp brape lme mse mmkai anduh tu.. adkah mse mmkai anduh tu tidak bkak lngsng.. mcm sy tukang urut mmbritahu klo bole mse ddok bkak anduh tu bg otot lengang dan darah lncar.. sy start xpkai anduh 24 jam slpas 2 mggu.. dan x pkai lngsng lpas 3mggu lebih.. jd apkah nasiht yg sis dpt dr doc bknaan dgn mse mmkai anduh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pakai anduh, lama saya tak buka. Adalah sekali dua agaknya saya buka. Tapi saya tak luruskan tangan sangat. Ada betulnya juga kata tukang urut tu. Sebab bila saya buka anduh untuk pakai clavicle support, sakitnya bukan main. huhu...

      Delete
  19. Salam sis..bleh bg gmbar clavicle support tu..xboleh bkak gmbar kt atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro pon patah clavicle ke,bedah ke x

      Delete
  20. mintak2 berbalas comment ni.. bila boleh start pakai support ni? ada beza ke clavicle support dengan shoulder support? ke dua2 boleh pakai..

    saya patah clavicle dengan 3rd to 6th ribs..

    n korang tidur macam mana? kerusi malas tu duduk ke? ke baring pun takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum sis.. macamana pula klau tulang tu memang tidak akan bersambung..sbb sya dah patah 5 bulan jarak tulang tu jauh jdi tiada kemungkinan utk bersambung..tpi bahu dah x sakit .. boleh push up lagi..

      Delete
  21. Patah tulang kita sama jak..tpi sya punya dah 5 bulan tidak sambung2 lagi..cuma jaraknya makin dekat..ramak kawai suruh operate.

    ReplyDelete
  22. saya patah 9/6 yang lalu, 3x x ray tulang makin jarak.Doc syorkan masuk besi.Isnin ni opret.doakan tulang kembali normal n tiada komplikasi nanti.

    ReplyDelete
  23. Saya xcident 23/6..tulang bahu patah..da sbulan lebih..sy jarang guna anduh..sebab bile pakai tangan rase lemah..tulang da kurang bise cuma sengal2..6/8 ni x ray...doc nk tgok tulang cantum ke x...risau je..x cantum..sebab tangan blum boleh angkat ke atas...

    ReplyDelete
  24. Tau x mcm mne nk hilangkn rasa sengal2 dan apa penyebab sengaal tu..??.. saya xcident 17/5..

    ReplyDelete
  25. Hii.. sy pun patah juga bahu kiri.. accident 21/9/2018 😢 sy dilema masa tu nk operate atau biarkan.. last2 operate juga.. Sakit gilaaaaa masa tu... siapa yg pernah rasa je yg tahu macamna rasa dia kan.. huhu

    ReplyDelete
  26. Sesiapa yang mana tulangnya sudah bercantum :
    persoalan berapa lama?
    Bagaimana cantumannya?
    Kalau ada gambar xray...harap boleh kongsikan.

    ReplyDelete
  27. Assalam..kepada pembaca yg patah tulang selangka.. nasihat saya tolong pakai anduh supaya tempat yg patang mudah bersambung sebab anduh mengelakkan bahu kita dr bergerak2 dan mencepatkan tulang yg patah bercantum kembali

    ReplyDelete
  28. Salam semua pasal patah tulang bahu ni baik buat operate la. 2bulan je dah baik 70%-90% cuma tak boleh angkat benda berat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mn lau umur mak 75 thn.. Patah bahu.. Nk oprt ke x..

      Delete
    2. salam.. sy pun patah juga clavile. dah 4 minggu.. tapi buat operation sebab nak cepat baik. tp soalan sy kan, lepas sembuh tu tangan boleh guna 100% tak? risau dah x boleh main badminton lagi.

      dalam masa yg sama setiap minggu, 1 jam lebih sy pergi fisio. selebihnya teruskan exercise di rumah.

      Delete
  29. Hi sis. . Saya pon nasib mcam sis jgak. Saya patah baru lebih kurang 1 bulan 2 minggu.. Last saya xray tulag saya lari sis.. Jauh jgak sis lari nya tuh.
    Dan x cantum pon lagi.. Skarang saya dah tak pakai anduh tu.. Sbab susah nak bgerak.. Time tidur jer saya pakai.. Tpi saya x nak operate.. Member saya pon ckap tulag saya lmbat cantum balik.
    Ada tak suggestion dari sis nak bgi dia bcamtum balik.

    ReplyDelete
  30. Bro kau rileks ja .aku baru 2 hari lepas patah and eksiden jahahahaha kene rajin makan kalsium and gunakan anduh tu sekerap mungkin insya Allah cepat laa dia bercantum .and jgn bnyakkan pergerakan .and sapu minyak angin biar otot sekitar bahu tu rileks supaya tak membebankan tulang bahu yg patah tu dan utk aliran darah yg lebih elok

    ReplyDelete
  31. Muhammad Mohd Top25 April 2019 at 08:17

    Assalammualaikum semua ahli2 grup patah bahu..huhu..
    Sy baru shj xcident dgn bangla bawa basikal lintas jalan tak toleh kiri kanan.. aduhhh buat masalah btul la si bangla ni..
    Sy trcampak dr motor dan bahu trhentak ats jalanraya lalu patah..
    Soalan sy, bagaimana kita nak pastikan tulang bahu tu cantum/brtemu elok.. n tidur pun kena pakai anduh ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni macam mana keadaan ? Simpan lagi tak x ray Haritu?

      Delete
  32. Assalamuaikum ahli2 group patah bahu. Saya terdetik nk comment. Ramai bukak yang patah bahu . Saya accidents dngn moto .dia bawak laju, mentang2 moto lawa 150 warna Oren . Dia x nampak Saya bagi signal nk masuk simpang

    Saya patah jauh. Hampir 1 cm. Tulang pun menyucuk Kat bahu Saya . akut nak buat operation. Dah 2 minggu tido atas kerusi malas . Ape kesan kalau x buat operation? Umur baru 19. Takut tulang tu makin tumbuh tapi x bercantum

    ReplyDelete
  33. Salam..sy br jumpa doktor sbb patah 3 tulang bahu kanan..doc sarankn sy masuk klip.. Siapa ada pengalaman masuk klip. .boleh bg tips yg berguna

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum.. Ad yg blh share pengalaman.. Sy patah tulang tapak kaki.. 3bulan dah.. Doc bgtahu tulang saya sangat lambat nak tumbuh.. Ad cadangan suplmnt yg ok.. Dri awal smpi skrg dh mkn cal D bli kat farmasi..

    ReplyDelete
  35. saya pernah crack tulang serangka ni , Alhamdulillah berubat kampung . 3 minggu ja dah okey , pakai minyak rempah yg dia cipta sendiri wangi betui bau dia .tokwan yg mengurut saya tu memang power , dia picit skali ja meletup pstu dia ckap balik ni hang boleh main bola dah . masa dia picit tu srsly rasa terkejut ja , and xperasan kata dah masuk . sakit pon tak . pstu dia senyum ja kata okey siap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. berubat kampung dimana bro

      Delete
    2. Salam...suami sy patah bahu...boleh bg nombor phone tok wan tu...

      Delete
    3. Salam blh sy tau no contact tok wan tu? Smoga dpermudahkn urusan ye

      Delete
    4. ye.. kalau berubat kampung inshaallah jadi. tp sy patah 3.. tengah2 yg patah tu memang tercabut terus. rongak tulang sy. kalau patah x rongak boleh tolak je.

      Delete
  36. Assalamualaikum nk tnya. semua yg patah selangka ni, tulang yg bersambung tu bertindih dan nmpk timbul ka dr luaran?

    ReplyDelete
  37. Syok jugak baca pengalaman korang ni. Saya newbie ni. Baru eksiden minggu lepas. Jatuh lps potong van lori yang tetiba masuk kanan tak bagi signal. Nak tanya bab pakai anduh tu mmg 24/7 ker. Saya ni kadang2 jer pakai sbb tak selesa. Boleh jer gerak tangan cuma kadang2 ada pergerakan yang sakit dan tak sakit. Tidur mmg tak pakai sebab tak selesa. Risau jgk bila korang kata kena pakai 24/7 tu. Satu lg Dr pesan jgn urut @ pergi kat tukang urut sbb tulang selang ka ni bkn mcm patah tangan.. dia baik sendiri. so tgh komen ada yg pergi tukang urut..suggest sebenarnya mcm mana

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum rakan-rakan patah clavicle/collarbone semalaysia. Saya dah 3 minggu patah collar bone. Patah sebab main mountain bike (mtb) dekat hutan bandar tmiyc jb. Main lompat2 tu. Sekali lompat tinggi salah landing Pom!! Patah. Member semua ketawa dan Alhamdulillah orang orang yang jaga kt situ angkat saya naik moto gi kedai dia (dalam tmiyc jugak) saya kol ayah saya then dia jemput saya , kene bebel ape semua terus gi hospital HSA. Dalam hosp tu pergh kene tunggu lama siot . Bayangkan dari 6:30 petang masuk checkup kol 9:30 masuk x ray kol 10:15 lepastu balik kol 12. Seksa mat. Tulang saya patah bentuk z type fracture midshaft . Bentuk Z patahnya dan Alhamdulillah terima kasih Allah tulang patah tu still bersambung dan senang nak sembuh . Tulang lari jauh gak ah tapi sambung. First night patah tulang saya tak tahu la nak cakap ape. memang tak rasa sakit langsung . Kuasa Allah swt. Esok nya pun sakit biasa2 macam sakit terseliuh . Lepas seminggu baru sakit time nak tido dan bangun tido. Time tu rasa nak nangis. Lepastu dah lah hsa suruh tunggu 2 minggu utk next appointment. Oh lupa bahu saya pun crack tapi sekarang dah oke. Masuk minggu ke tiga bengkak dah hilang dan tulang tu nampak patah jelas gile . Tekeluar mat tulang nampak dari luar. Member semua geli. Sakit pun dah takde bangun tido semua ok. Ubat yg doktor bagi ialah prolase iaitu buang bengkak dan tahan sakit . Kedua celebrex cox-2 buang bengkak dan tahan sakit dan jugak elak kene osteo arthritis atau pun org panggil gout. Ubat ketiga adalah dermasafe deep rub ointment. Semua dh habis pakai kecuali ubat saptu tu. Ahad lepas 30/11/2022 dah gi appointment . Doktor kata tak sarankan operate sebab saya muda lagi baru 16thn. Tulang pun cepat tumbuh. Doktor kata tulang saya yang patah tu tajam boleh tecucuk keluar dari daging so hati2 dan jangan lasak. Saya kene jugak pakai armsling tu. Hsa bagi kain anduh tapi saya suggest korban je rm30 beli kt farmasi armsling yang strap tu. Senang nak pakai dan efektif. Sekarang rasa malas pulak pakai armsling tapi kene jugak. Bab pembaik pulih tulang pulak ada fasa dia :


    1. Inflammation (keradangan atau bengkak) dalam tulang kita ada saluran darah dan darah tu akan membanjir kan area patah tu kemudian akan beku supaya dapat bina tulang baru (0 jam selepas kepatahan)

    2. Soft callus. Darah itu akan mengeras dan mula membentuk tulang tapi bentuk dia akan bulat lah dia akan tutup kepatahan tu tak sempurna lagi. Sel osteoclast akan hakis bekas sel tulang yang mati dan sel osteoblast akan memnuhi ruang yang kosong untuk kepatahan tersebut.
    3. Hard callus. Ok pada fasa ni osteoblast akan mula mengeras dan akan menghasilkan tulang yang lagi keras dari soft callus. Fasa ni terjadi dalam 4-8 minggu gitu. Tulang dah nak mula pulih dan rasa sakit boleh dikatakan takde.

    4. Fasa terakhir . Selepas hard callus dh mengeras dan jadi tulang yang kuat. Tulang akan remodel balik mengikut bentuk yang asal selagi boleh. Biasa remodel ni ada pada kanak2 dan remaja yang bawah . Tulang yang tumbuh macam benjol akan rata semula dan kembali normal . Remodelling amek masa dalam 2-3 tahun.


    Bagi org dewasa janganlah takut. Walaupun tulang bengkok ke, ada bonjol ke. Tulang tetap kuat dan sama.

    ReplyDelete
  39. Hi, boleh update tak you punya tangan skrg mcm mne? tulang bahu tu bonjol ke skrg? i patah tulang selangka, patah dua. so ade bonjol sikit. Now dah 2 bulan, tapi i still tak boleh angkat tangan lurus. Kalau boleh tknk operate, i dalam fisio skrg. Boleh tak ceritakan penglaman sesape yng tak operate mcm mne ? tangan still boleh angkat lurus kan. thanks

    ReplyDelete